![]() |
|
|
|
|
|
|
||||||
|
buletin cuaca bulanan FEBRUARI 2008 1. RINGKASAN Pengaruh Monsun Timur Laut pada bulan ini semakin berkurangan. Keseluruhannya, Malaysia menerima jumlah hujan pada paras purata hingga sangat melebihi purata terutamanya di bahagian pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Namun begitu, terdapat beberapa kawasan di sekitar utara pantai barat Semenanjung yang merekodkan jumlah hujan pada paras di bawah purata. 2. HUJAN SecaraBagi Februari 2008, pergerakan angin rentas Khatulistiwa yang stabil dan kewujudan palung mid-tropospheric di awal dan pertengahan bulan ini telah menyebabkan kawasan di sekitar Semenanjung Malaysia mengalami keadaan cuaca yang sedikit panas dan kering. Kebanyakkan tempat di Semenanjung terutamanya di bahagian utara pantai barat telah mengalami tempoh kering yang agak panjang bermula awal Februari 2008 dan berlanjutan hingga ke pertengahan bulan. Namun begitu, angin timur laut yang melemah dan ‘borneo low’ yang stabil pada penghujung Februari 2008 telah menyebabkan palung monsun bergerak dari selatan Khatulistiwa ke utara Khatulistiwa. Kewujudan palung monsun di rantau ini telah menyebabkan beberapa episod hujan lebat dan seterusnya banjir kilat di sekitar pedalaman Pahang, Kelantan, Terengganu dan Kedah pada tempoh tersebut. Kejadian hujan lebat pada penghujung bulan ini telah menyumbang kepada jumlah hujan bulanan iaitu pada paras purata hingga sangat melebihi purata bagi kebanyakkan kawasan di Semenanjung Malaysia. Bilangan hari hujan berjulat dari 5 hari di Pulau Langkawi dan 13 hari di Petaling Jaya untuk Semenanjung Malaysia; 16 hari di Miri dan 25 hari di Sibu untuk negeri Sarawak; dan dari 15 hari di Tawau dan 22 hari di Kudat untuk negeri Sabah.
Bagi jumlah hujan bulanan di Semenanjung Malaysia, Kuantan telah merekodkan jumlah hujan yang tertinggi sebanyak 402.0mm sementara Pulau Langkawi merekodkan yang paling rendah 31.4mm. Di Sarawak, Bintulu merekodkan jumlah hujan yang tertinggi 514.0mm manakala Miri mencatatkan yang paling rendah 252.6mm . Di Sabah, Sandakan merekodkan jumlah hujan yang paling tinggi 872.0mm dan yang paling rendah 112.6mm dicatatkan di Tawau. Bagi jumlah hujan harian, amaun tertinggi di Semenanjung Malaysia telah direkodkan oleh Stesen Kuantan, iaitu 218.6mm pada 28 haribulan manakala amaun terendah telah direkodkan pada 28 haribulan di Butterworth sebanyak 18.4mm. Di Sarawak, amaun tertinggi ialah 87.6mm dicatatkan di Bintulu pada 28 haribulan manakala amaun terendah ialah 52.0mm dicatatkan di Sibu pada 19 haribulan. Di Sabah, amaun paling tinggi ialah 186.0mm direkodkan di Sandakan pada 16 haribulan dan amaun terendah sebanyak 42.0mm dicatatkan pada hari yang sama di Kota Kinabalu. 3. SUHU Purata suhu bulanan bagi kawasan tanah rendah berjulat dari 25.1°C (Kuala Krai) hingga 28.5°C (Pulau Langkawi). Tawau telah merekodkan sisihan positif yang terbesar iaitu +0.4°C dari normal.
Purata suhu minimum bagi tanah rendah berjulat dari 21.4°C (Kuala Krai) hingga 24.6°C (Pulau Langkawi). Suhu terendah bagi bulan ini ialah 19.2°C telah direkodkan di Kuala Krai dan Batu Embun.
Purata suhu maksimum bagi tanah rendah berjulat dari 28.7°C (Sandakan) hingga 34.0°C (Chuping). Suhu tertinggi ialah 36.1°C telah direkod di Chuping. Satu-satunya stesen tanah tinggi, Cameron Highlands, telah merekodkan suhu berjulat dari 13.7°C hingga 22.5°C dengan suhu purata 17.2°C.
Secara4. SINARAN SURIA
Negara pada amnya telah menerima sinaran suria yang rendah. Julat purata sinaran suria harian ialah 11.75 MJm-2 di Sri Aman hingga 21.75 MJm-2 di Bayan Lepas. Sisihan positif dan negatif terbesar dari normal adalah +2.55 MJm-2 (Subang) dan -3.80 MJm-2 (Senai) masing-masing. Cameron Highlands mencatatkan sinaran suria yang diterima sebanyak 17.55MJm-2 dengan sisihan +1.73MJm-2 . 5. SEJATAN Negara juga telah menerima kadar sejatan yang rendah pada bulan Februari ini. Purata kadar sejatan harian bagi tanah rendah berjulat dari 2.8 mm/hari (Sri Aman) hingga 6.0 mm/hari (Alor Setar). Sisihan negatif terbesar ialah -0.4 mm/hari (Muadzam Shah) manakala sisihan positif terbesar ialah +0.6 mm/hari (Kuala Terengganu).
Purata kadar sejatan harian di Cameron Highlands ialah 2.3 mm/hari.
Rajah dan Jadual :-
RAJAH 1
: Peta Hujan
bagi Semenanjung Malaysia | Januari | Februari
| Mac | April
| Mei
| Jun |
Julai |
Ogos
| September | Oktober | Buletin ini dikemaskinikan pada akhir bulan yang berikutnya selepas semua data diterima dan disahkan. |
|||||||||||||||||||||||