![]() |
|
|
|
|
|
|
||||||
|
buletin cuaca bulanan MaC 2008 1. RINGKASAN Secara amnya, negeri-negeri di Malaysia menerima hujan melebihi purata hingga amat melebihi purata dalam bulan ini. Suhu, amaun sinaran suria dan kadar sejatan yang direkodkan di seluruh negara adalah di bawah nilai purata jangka panjang. 2. HUJAN Corak iklim bagi bulan Mac merujuk kepada berakhirnya Monsun Timur Laut dan merupakan permulaan monsun peralihan. Kebanyakan tempat di seluruh negara menerima amaun hujan purata hingga amat melebihi purata. Di Semenanjung Malaysia, hujan yang diterima adalah seragam kecuali di Kota Bharu dan Kuala Terengganu yang merekodkan jumlah bacaan hujan kurang dari nilai purata. Sementara itu, kawasan barat negeri Sarawak dan di utara Sabah menerima amaun hujan yang lebih tinggi berbanding kawasan lain. Ipoh, Subang dan Sitiawan merekodkan jumlah hujan bulananyang tertinggi dalam rekod untuk bulan Mac masing-masing pada 425.8mm, 545.2mm dan 521.8mm. Bilangan hari hujan berjulat dari 10 hari di Kota Bharu dan 27 hari di Sri Aman dan Sibu. 3. SUHU Kebanyakan stesen merekodkan suhu di bawah normal pada bulan ini. Purata suhu bulanan di kawasan tanah rendah berjulat dari 25.3°C direkodkan di Senai hingga 28.1°C direkodkan di Pulau Langkawi. Sisihan positif terbesar ialah 0.1°C direkodkan di Kuantan sisihan negative terbesar ialah -1.3°C direkodkan di Ipoh. Purata suhu minimum bulanan di kawasan tanah rendah berjulat dari 22.5°C di Senai hingga 24.9°C di Pulau Langkawi. Suhu terendah bagi bulan ini ialah of 20.7°C dicatatkan di Senai. Purata suhu maksimum bulanan di kawasan tanah rendah berjulat dari 28.7°C di Kuala Terengganu hingga 33.7°C di Alor Setar. Suhu tertinggi bagi bulan ini ialah 35.5°C dicatatkan di Alor Setar. Stesen paras tinggi Cameron Highlands merekodkan suhu berjulat antara 13.7°C dan 24.4°C dengan nilai purata 17.9°C. 4. SINARAN SURIA Pada bulan Mac, hampir semua tempat di seluruh negara menerima amaun sinaran suria di bawah normal. Purata sinaran suria harian yang direkodkan berjulat dari 12.03MJm-2 di Senai hingga di 20.92MJm-2 Kota Bharu. Sisihan positif dan negatif terbesar masing-masing adalah +0.87MJm-2 direkodkan di Subang dan -5.41MJm-2 di Senai. Cameron Highlands merekodkan sinaran suria sebanyak 12.92MJm-2 dengan sisihan +0.31MJm-2 .
5. SEJATAN
Purata kadar
sejatan bagi kawasan tanah rendah berjulat dari 2.5mm/hari di Muadzam
Shah hingga 5.1mm/hari di Alor Setar. Sisihan positif dan negatif yang
terbesar ialah +0.2mm/hari di Sibu dan -1.2mm/hari di Kuala Krai,
Muadzam Shah, Melaka dan Kota Kinabalu.
Rajah dan Jadual :-
RAJAH 1
: Peta Hujan
bagi Semenanjung Malaysia | Januari |
Februari
| Mac | April
| Mei
| Jun |
Julai |
Ogos
| September | Oktober | Buletin ini dikemaskinikan pada akhir bulan yang berikutnya selepas semua data diterima dan disahkan. |
|||||||||||||||||||||||