![]() |
|
|
|
|
|
|
||||||
|
buletin cuaca bulanan APRIL 2008 1. RINGKASAN Keseluruhannya, negara menerima jumlah hujan yang purata hingga sangat melebihi purata. Kebanyakkan tempat merekodkan suhu yang lebih rendah berbanding purata suhu jangka panjang, jumlah sinaran suria yang rendah dan juga telah menerima kadar sejatan yang rendah. 2. HUJAN Musim peralihan monsun yang telah bermula pada awal Mac 2008 yang merupakan tempoh musim yang lembap terutamanya bagi negeri-negeri sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia masih berterusan hingga April 2008. Kejadian hujan lebat, ribut petir yang lebih kuat dan disertai angin kencang kerap kali berlaku pada lewat petang dan awal malam sepanjang tempoh peralihan monsun ini. Pada bulan ini, jumlah hujan yang direkodkan di Semenanjung Malaysia adalah dari purata hingga sangat melebihi purata. Namun, terdapat beberapa tempat di bahagian utara semenanjung merekodkan jumlah hujan di bawah purata dan sangat di bawah purata. Bagi Sabah dan Sarawak, jumlah hujan yang direkodkan adalah purata dan sangat melebihi purata kecuali bahagian Miri di Sarawak yang merekodkan jumlah hujan sangat di bawah purata. Bagi jumlah hujan bulanan di Semenanjung Malaysia, Petaling Jaya telah merekodkan jumlah hujan tertinggi sebanyak 610.2 mm sementara Kuala Terengganu merekodkan jumlah hujan terendah dengan 47.8 mm. Di Sarawak, Bintulu telah merekodkan jumlah hujan tertinggi sebanyak 452.0 mm manakala Miri pula merekodkan jumlah hujan terendah dengan bacaan 82.4 mm. Di Sabah, Sandakan (246.0 mm) merekodkan jumlah hujan tertinggi dan Kudat (92.4 mm) merekodkan jumlah hujan terendah. Berdasarkan skema klasifikasi, terdapat 10 stesen merekodkan jumlah hujan sangat melebihi purata, 2 stesen merekodkan melebihi purata dan 15 stesen merekodkan jumlah hujan menyamai purata. Sementara itu, terdapat 4 stesen yang merekodkan jumlah hujan kurang daripada purata dan 2 stesen merekodkan jumlah hujan sangat kurang daripada purata. Petaling Jaya mencatatkan jumlah hujan bulanan tertinggi (610.2 mm) dan hujan harian tertinggi bagi bulan April (118.0 mm, pada 2 April) berbanding rekod sebelumnya. Kuala Krai juga telah mencatatkan jumlah hujan harian tertinggi bagi bulan April dengan bacaan 108.4 mm pada 7 April. Bilangan hari hujan bagi Semenanjung Malaysia berjulat dari 8 hingga 24 hari manakala Sabah dan Sarawak merekodkan bilangan hari hujan dari 10 hingga 25 hari. 3. SUHU Pada amnya, kebanyakkan tempat di negara telah mencatatkan suhu yang rendah berbanding suhu jangka panjang untuk bulan April. Purata suhu bulanan bagi kawasan tanah rendah berjulat dari 26.2°C hingga 28.3°C seperti yang direkod di Senai dan Kudat. Kuala Terengganu telah merekodkan sisihan negatif yang terbesar iaitu -1.3°C dari normal. Purata suhu minimum bagi tanah rendah berjulat dari 23.0°C (Senai) hingga 25.1°C (Pulau Langkawi). Suhu terendah bagi bulan ini ialah 20.8°C telah direkodkan di Kuching. Purata suhu maksimum bagi tanah rendah berjulat dari 30.5°C (Kuala Terengganu) hingga 33.7°C (Kluang). Suhu tertinggi bagi bulan ini ialah 35.6°C telah direkod di Kuala Krai dan Kluang. Satu-satunya stesen tanah tinggi, Cameron Highlands, telah merekodkan suhu berjulat dari 14.7°C hingga 25.2°C dengan suhu purata 18.2°C.4. SINARAN SURIA Negara pada amnya telah menerima sinaran suria yang lebih rendah dari purata. Julat purata sinaran suria harian ialah dari 14.05MJm-2 (Senai) hingga 22.39MJm-2 (Alor Setar). Sisihan positif dan negatif terbesar dari normal adalah +2.32MJm-2 (Miri) dan -2.38MJm-2 (Senai). Cameron Highlands mencatatkan sinaran suria yang diterima sebanyak 12.92MJm-2 dengan sisihan -2.13MJm-2 .
5. SEJATAN
Negara juga telah menerima kadar sejatan yang rendah pada bulan April ini. Purata kadar sejatan harian bagi tanah rendah berjulat dari 2.9mm/hari (Muadzan Shah) hingga 5.5mm/hari (Kuala Terengganu). Sisihan negatif terbesar ialah -1.0mm/hari (Sandakan) manakala sisihan positif terbesar ialah +0.4mm/hari (Kuching). Purata kadar sejatan harian di Cameron Highlands ialah 2.2mm/hari.
Rajah dan Jadual :-
RAJAH 1
: Peta Hujan
bagi Semenanjung Malaysia | Januari |
Februari
| Mac | April
| Mei
| Jun |
Julai |
Ogos
| September | Oktober | Buletin ini dikemaskinikan pada akhir bulan yang berikutnya selepas semua data diterima dan disahkan. |
|||||||||||||||||||||||