buletin cuaca bulanan

MEI  2008

1. RINGKASAN

Secara keseluruhannya, kebanyakan kawasan di Malaysia menerima hujan yang normal dan sangat kurang daripada nilai normal. Kebanyakan tempat merekodkan suhu yang kurang daripada nilai normal suhu jangka panjang. Negara juga merekodkan jumlah sinaran suria yang kurang berbanding normal serta kadar sejatan yang rendah berbanding kadar sejatan normal.

2. HUJAN

Bulan Mei adalah petunjuk kepada berakhirnya Monson Peralihan dan bermulanya Monson Baratdaya. Pada bulan Mei 2008, hampir ke semua bahagian tengah dan barat laut Semenanjung Malaysia menerima jumlah hujan yang normal dan kurang daripada  nilai normal berikutan kebanyakan kawasan tersebut mengalami tempoh kering. Bilangan hari hujan bagi Semenanjung Malaysia berjulat dari 9 hingga 21 hari manakala bagi Pantai Timur Malaysia berjulat di antara 11 hingga 16 hari.

Bagi jumlah hujan bulanan di Semenanjung Malaysia, Alor Setar telah merekodkan jumlah hujan tertinggi sebanyak 267.0 mm sementara Kluang merekodkan jumlah hujan terendah dengan 51.2 mm. Di Sarawak, Kuching telah merekodkan jumlah hujan tertinggi sebanyak 346.8 mm manakala Miri pula merekodkan jumlah hujan terendah dengan bacaan 103.0 mm.  Di Sabah, Tawau merekodkan jumlah hujan tertinggi sebanyak 301.4 mm dan Sandakan  merekodkan jumlah hujan terendah sebanyak 115.0 mm.

Bagi jumlah hujan harian, amaun tertinggi di Semenanjung Malaysia telah direkodkan di Stesen Alor Setar iaitu 117.4 mm pada 28hb.  Di Sarawak, amaun tertinggi ialah 102.6 mm dicatatkan di Bintulu pada 27hb manakala di Sabah, amaun paling tinggi ialah 74.2 mm direkodkan di Kudat pada 26hb. 

Berdasarkan skema klasifikasi, terdapat 3 stesen merekodkan jumlah hujan sangat melebihi nilai purata, 2 stesen merekodkan melebihi purata, 15 stesen merekodkan jumlah hujan menyamai purata, 7 stesen merekodkan kurang daripada purata dan 6 stesen merekodkan jumlah hujan yang sangat kurang daripada purata.

3. SUHU

Suhu purata bulanan bagi kawasan tanah rendah berjulat di antara 26.2°C di Kuala Terengganu hingga 28.4°C di Petaling Jaya. Sisihan positif yang terbesar ialah +0.7°C direkodkan di Melaka manakala sisihan negatif yang terbesar ialah -1.7°C di Kuala Terengganu.

Purata suhu minimum bulanan bagi kawasan tanah rendah berjulat dari 23.1°C di Senai hingga 25.1°C di Bayan Lepas dan Petaling Jaya. Suhu yang terendah pada bulan ini ialah 21.0°C di Kuala Terengganu.

Suhu purata maksimum bulanan berjulat dari 30.3°C direkodkan di Kuala Terengganu hingga 33.8°C di Muadzam Shah. Suhu yang tertinggi ialah 36.4° direkodkan di Kluang.

Stesen tanah tinggi Cameron Highland mempunyai suhu yang berjulat dari 14.5°C hingga 25.8°C.  Suhu purata adalah 18.1°C dengan sisihan dari normal ialah -0.7°C.

 4. SINARAN SURIA

Purata sinaran suria harian berjulat dari 12.54 MJm-² direkodkan di Senai hingga 19.77 MJm-² di Kota Bharu.  Sisihan positif dan negatif yang terbesar ialah  +2.90 MJm-² di Miri  dan -2.44 MJm-² di Senai.

Cameron Highlands mencatatkan sinaran suria yang diterima sebanyak 13.64MJm-2 dengan sisihan  -0.80MJm-2 .

 

 

            5.  SEJATAN

 

            Purata kadar sejatan harian bagi kawasan tanah rendah berjulat daripada 2.9 mm/hari di Kluang hingga 5.1 mm/hari di Kudat dan Kota Kinabalu.  Sisihan positif dan negatif yang terbesar adalah +0.6 mm/hari di Sibu dan -1.2 mm/hari di Stesen Kajiklim Kuala Terengganu.

 

Rajah dan Jadual :-

   RAJAH 1    : Peta Hujan bagi Semenanjung Malaysia
   RAJAH 2    : Peta Hujan bagi Sabah dan Sarawak

| Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober |
November | Disember

Buletin ini dikemaskinikan pada akhir bulan yang berikutnya selepas semua data diterima dan disahkan.