buletin cuaca bulanan

JUN  2007

1. RINGKASAN

Pada tahun ini, bulan Jun merupakan Monsun Barat Daya. Pada musim ini, secara relatifnya keadaan cuaca adalah kering. Hampir 90% negeri-negeri di Malaysia telah menerima jumlah hujan purata hingga melebihi purata dan terdapat beberapa tempat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, di Kota Bharu dan Kuala Krai, merekodkan bacaan rendah berbanding nilai purata. Suhu yang direkodkan melebihi suhu purata jangka panjang. Sinaran suria dan kadar sejatan yang dicatatkan kurang berbanding nilai purata jangka panjang.

 2.  HUJAN

Hampir semua stesen di kawasan tengah dan baratlaut Semenanjung Malaysia lembap dan menerima hujan melebihi purata. Namun, terdapat beberapa tempat di kawasan Pantai Timur mengalami episod kering. Petaling Jaya telah merekodkan 333.8mm, amaun hujan yang tertinggi dalam rekod. Di Malaysia Timur, Miri mencatatkan amaun hujan 648.8mm, iaitu rekod tertinggi sejak bulan Jun 1959. Kudat juga merekodkan 231.2mm amaun hujan tertinggi yang melebihi rekod 208.2mm sejak bulan Jun 2005.

Pada 10 Jun 2007, kejadian ribut petir dan hujan lebat disertai angin kencang selama empat telah berlaku di beberapa tempat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor (terutamanya di Lembah Kelang) dan mengakibatkan banjir kilat di Jalan Masjid India, Jalan Ipoh, Kampung Baru, Kampung Chubadak dan Sentul. Kawasan di sekitar Kompleks Sultan Abdul Samad dan tempat meletak kenderaan di bawah tanah di Dataran Merdeka turut ditenggelami air.

Kejadian hujan lebat yang berterusan di Miri pada 11 Jun 2007, juga menyumbang kepada peningkatan jumlah hujan bulanan.Fenomena cuaca ini disebabkan oleh garis badai yang terbentuk di luar pesisir Laut Cina Selatan.

 

Bilangan hari hujan berjulat dari 7 hari di Muadzam Shah dan 21 hari di Tanah Rata untuk Semenanjung Malaysia; 19 hari di Sri Aman dan 25 hari di Bintulu untuk negeri Sarawak; dan dari 13 hari di Sandakan dan 24 hari di Labuan untuk negeri Sabah. 

 

Pada bulan Jun tahun ini, Pulau Langkawi telah merekodkan jumlah hujan tertinggi sebanyak 358.2mm sementara Kota Bharu merekodkan jumlah hujan paling rendah; 51.0mm.  Di Malaysia Timur, Miri merekodkan jumlah hujan yang tertinggi 648.8mm manakala Sri Aman mencatatkan jumlah hujan paling rendah iaitu 180.8mm bagi negeri Sarawak .Di Sabah, Labuan merekodkan jumlah hujan yang paling tinggi 616.0mm dan jumlah hujan paling rendah 122.2mm dicatatkan di Sandakan. 

 

Di Semenanjung Malaysia, Cameron Highland mencatatkan amaun tertinggi hujan harian, iaitu 96.6mm pada 3 Jun 2007. Di Sarawak, Bintulu mencatatkan amaun tertinggi hujan harian 59.4mm pada 20 haribulan manakala di Sabah, Labuan merekodkan amaun tertinggi hujan harian 110.2mm pada 15 haribulan.

3.  SUHU

Pada bulan Jun, kebanyakan tempat di seluruh negara mencatatkan suhu melebihi suhu purata jangka panjang.

 

Purata suhu bulanan bagi kawasan tanah rendah berjulat antara 26.5°C di Kuching hingga 28.3°C yang direkodkan di Kota Bharu. Sisihan positif terbesar +0.9°C direkodkan di Mersing sementara sisihan negatif terbesar -0.1°C direkodkan di Kuala Krai dan Tawau.

 

Purata suhu minimum bulanan bagi kawasan tanah rendah adalah berjulat antara 23.4°C di Kuching hingga 25.3°C di Pulau Langkawi. Suhu terendah bagi bulan ini adalah 21.5°C direkodkan di Mersing. Purata suhu maksimum bulanan bagi kawasan tanah rendah pula adalah berjulat antara 31.0°C di Labuan hingga to 33.8°C di Muadzam Shah.  Suhu tertinggi yang dicatatkan pada bulan ini adalah 36.1°C yang direkodkan di Muadzam Shah.

 

Stesen paras tinggi, Cameron Highlands merekodkan suhu yang berjulat antara 15.0°C hingga 24.7°C dengan nilai purata 18.5°C.

 

4.  SINARAN SURIA

 

Semua stesen di seluruh negara menerima sinaran suria yang rendah pada bulan ini..  Purata sinaran suria harian yang direkodkan bagi kawasan tanah rendah berjulat dari 12.42MJm-2 yang direkodkan di Senai hingga 18.76MJm-2 yang direkodkan di Kota Kinabalu.  Sisihan positif dan negatif terbesar masing-masing adalah sebanyak +2.08MJm -2  telah direkodkan di Subang dan -3.09 MJm-2  yang direkodkan di Senai.

 

Cameron Highlands mencatatkan sinaran suria yang diterima sebanyak 12.92 MJm-2  dengan sisihan -1.46 MJm-2 .   

  

5.  SEJATAN

Purata kadar sejatan bagi kawasan tanah rendah berjulat dari 2.7mm/hari direkodkan di Mersing hingga 4.6mm/hari direkodkan di Kuala Terengganu dan Melaka. Sisihan positif dan negatif yang terbesar adalah +1.1mm/hari di Sibu serta -1.0mm/hari di Miri.

Cameron Highlands merekodkan purata kadar sejatan 1.6mm/hari dengan sisihan sebanyak -0.4mm/hari.

 

Rajah dan Jadual :-

   RAJAH 1    : Peta Hujan bagi Semenanjung Malaysia
   RAJAH 2    : Peta Hujan bagi Sabah dan Sarawak

| Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober |
November
| Disember

Buletin ini dikemaskinikan pada akhir bulan yang berikutnya selepas semua data diterima dan disahkan.