![]() |
|
|
|
|
|
|
||||||
|
buletin cuaca bulanan OGOS 2007 1. RINGKASAN Pada bulan ini, secara amnya lebih banyak tempat di seluruh Malaysia menerima jumlah hujan yang purata, dan kebanyakan tempat juga mencatatkan suhu, sinaran suria dan sejatan yang melebihi purata. 2. HUJAN Secara klimatologi, bulan Ogos menandakan penghujung kepada Monsun Barat Daya yang pada amnya adalah musim kering. Kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia mengalami tempoh kering pada 10 hari yang pertama pada bulan ini. Ini berikutan daripada palung monsun (kawasan bertekanan rendah) yang terbentuk di barat Lautan Pasifik. Keadaan ini telah menyebabkan jumlah hujan meningkat di negara-negara utara Asean manakala negara-negara selatan Asean mengalami keadaan yang kering. Walau bagaimanapun, di penghujung bulan, palung monsun didapati melemah dan telah menyebabkan aktiviti perolakan terutamanya di Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Kalimantan meningkat. Ini mengakibatkan peningkatan jumlah hujan berlaku pada masa ini. Jumlah hujan yang direkodkan adalah daripada purata hingga melebihi purata. Bagi kawasan Timur Malaysia, Sabah dan Sarawak menerima jumlah hujan yang purata hingga melebihi purata. Walau bagaimanapun, kebanyakan tempat mengalami tempoh kering pada separuh bulan pertama pada bulan ini. Bagi jumlah hujan bulanan, Pulau Langkawi telah merekodkan jumlah hujan tertinggi sebanyak 387.0 mm sementara Kuala Terengganu merekodkan jumlah hujan terendah dengan 47.0 mm. Di Malaysia Timur, Kota Kinabalu telah merekodkan jumlah hujan tertinggi sebanyak 318.8 mm manakala Miri pula merekodkan jumlah hujan terendah dengan bacaan 102.2 mm. Berdasarkan skema klasifikasi, terdapat 2 stesen merekodkan jumlah hujan sangat melebihi purata, 3 stesen merekodkan melebihi purata dan 24 stesen merekodkan jumlah hujan menyamai purata. Bilangan hari hujan bagi Semenanjung Malaysia berjulat dari 8 hingga 19 hari manakala Malaysia Timur merekodkan bilangan hari hujan dari 11 hingga 19 hari. 3. SUHU Purata suhu bulanan bagi kawasan tanah rendah berjulat antara 25.8°C di Senai hingga 28.2°C di Labuan. Sisihan positif terbesar (+0.6°C) direkodkan di Mersing. Purata suhu minimum bulanan bagi kawasan tanah rendah adalah berjulat antara 22.6°C di Kuala Krai hingga 25.2°C di Labuan. Suhu terendah bagi bulan ini adalah 21.1°C direkodkan di Kudat. Purata suhu maksimum bulanan bagi kawasan tanah rendah pula adalah berjulat antara 30.4°C di Senai hingga 33.1°C di Temerloh dan Kuantan. Suhu tertinggi yang dicatatkan pada bulan ini adalah 35.4°C di Sibu dan Bintulu. Stesen paras tinggi Cameron Highlands merekodkan suhu yang berjulat antara 15.1°C hingga 22.3°C dengan nilai purata 17.7°C. 4. SINARAN SURIA Negara pada amnya telah menerima sinaran suria yang tinggi. Purata sinaran suria harian berjulat dari 11.95 MJm-² direkodkan di Senai hingga 20.13 MJm-² di Kota Bharu. Sisihan positif dan negatif yang terbesar ialah di Alor Setar (+3.38 MJm-²) dan di Senai. (-2.40 MJm-² ). 5. SEJATAN Negara juga telah menerima kadar sejatan yang tinggi pada bulan ini. Purata kadar sejatan harian bagi kawasan tanah rendah berjulat dari 2.9 mm/hari di Kluang hingga 4.8 mm/hari di Sandakan. Sisihan positif dan negatif yang terbesar adalah +0.8 mm/hari di Kuching dan -0.6 mm/hari di Pulau Langkawi. Bagi Stesen tanah tinggi, Cameron Highlands merekodkan 2.2 mm/hari dengan sisihan +0.3 mm/hari.
Rajah dan Jadual :-
RAJAH 1
: Peta Hujan
bagi Semenanjung Malaysia | Januari | Februari
| Mac | April
| Mei
| Jun |
Julai |
Ogos
| September | Oktober | Buletin ini dikemaskinikan pada akhir bulan yang berikutnya selepas semua data diterima dan disahkan. |
|||||||||||||||||||||||