![]() |
|
|
|
|
|
|
||||||
|
buletin cuaca bulanan SEPTEMBER 2007 1. RINGKASAN Secara amnya, hampir 75% negeri-negeri di Malaysia menerima hujan purata hingga melebihi purata dalam bulan ini. Suhu, amaun sinaran suria dan kadar sejatan yang direkodkan di seluruh negara adalah melebihi nilai purata jangka panjang. 2. HUJAN September adalah penghujung musim monsoon barat daya. Kebanyakan tempat lembap dan menerima hujan melebihi nilai purata. Secara reruang, kawasan baratlaut menerima lebih banyak hujan di Semenanjung Malaysia. Di Malaysia Timur, kawasan tengah Sarawak dan barat Sabah menerima jumlah hujan yang tinggi berbanding kawasan lain. Kebanyakan negeri menerima hujan yang seragam pada tempoh 15 hari pertama dalam bulan ini. Kejadian ribut petir dan hujan lebat pada 7,8 dan 9 September 2007 di kawasan baratlaut, tengah dan timur Johor telah mengakibatkan banjir di kawasan bertanah rendah. Penumpuan halaju angin barat laut berserta kandungan udara lembap yang tinggi dan ketidakstabilan atmosfera telah menyebabkan hujan selama tiga hari berturut-turut di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia dari 14 hingga 16 September 2007. Fenomena ini seterusnya menyebabkan banjir di Kedah dan Pulau Pinang. Di Semenanjung Malaysia, Bayan Lepas telah merekodkan jumlah hujan bulanan tertinggi sebanyak 480.4mm manakala Muadzam Shah pula merekodkan jumlah hujan bulanan terendah pada bacaan 79.2mm. Pulau Langkawi mencatatkan amaun hujan harian tertinggi sebanyak 97.6mm pada 7 September 2007. Di Malaysia Timur, Bintulu telah merekodkan jumlah hujan bulanan tertinggi sebanyak 463.8mm sementara Labuan merekodkan jumlah hujan bulanan terendah sebanyak 57.8mm. Kota Kinabalu mencatatkan amaun hujan harian tertinggi sebanyak 105.2mm pada 27 September 2007. Bilangan hari hujan berjulat dari 10 hari di Kluang dan 20 hari di Kota Bharu untuk Semenanjung Malaysia; 17 hari di Sibu dan 24 hari di Bintulu untuk negeri Sarawak; dan dari 13 hari di Sandakan dan 24 hari di Labuan untuk negeri Sabah. 3. SUHU Semua stesen di seluruh negara mencatatkan suhu normal pada bulan ini. Purata suhu bulanan bagi kawasan bertanah rendah berjulat antara 26.0°C di Kuala Krai hingga 27.8°C di Labuan. Sisihan positif terbesar +1.1°C direkodkan di Kluang sementara sisihan negatif terbesar -0.6°C direkodkan di Bintulu. Purata suhu minimum bulanan bagi kawasan tanah rendah adalah berjulat antara 22.7°C di Kuala Krai hingga 24.9°C di Labuan. Suhu terendah bagi bulan ini adalah 21.1°C dan direkodkan di Kuala Krai. Purata suhu maksimum bulanan bagi kawasan tanah rendah pula adalah berjulat antara 30.6°C di Tawau hingga 33.1°C di Temerloh. Suhu tertinggi yang dicatatkan pada bulan ini adalah 35.1°C di Kluang dan Sandakan. Suhu bulanan di Cameron Highlands berjulat dari 14.3°C hingga 25.0°C dengan nilai purata 17.8°C. Sisihan normal yang direkodkan ialah +0.1°C. 4. SINARAN SURIA Pada bulan September, 75% tempat di seluruh negara menerima amaun sinaran suria yang tinggi. Purata sinaran suria harian yang direkodkan bagi kawasan tanah rendah berjulat dari 13.81MJm-2 yang direkodkan di Senai hingga 20.38MJm-2 yang direkodkan di Kota Bharu.Sisihan positif dan negatif terbesar masing-masing adalah +3.99MJm-2 telah direkodkan di Subang dan -0.70MJm-2 yang direkodkan di Senai. Cameron Highlands mencatatkan sinaran suria yang diterima sebanyak 12.92MJm-2 dengan sisihan +0.31MJm-2 . 5. SEJATAN Secara keseluruhan, kadar sejatan harian yang direkodkan di seluruh negara adalah tinggi. Purata kadar sejatan bagi kawasan tanah rendah berjulat dari 2.7 mm/hari direkodkan di Mersing hingga 4.8 mm/hari direkodkan di Kuala Terengganu and Labuan.Sisihan positif terbesar ialah +0.7mm/hari direkodkan di Senai, manakala sisihan negatif terbesar -0.8mm/hari direkodkan di Mersing dan Bintulu. Purata kadar sejatan harian di Cameron Highlands ialah 2.4mm/hari dengan sisihan +0.6mm/hari.
Rajah dan Jadual :-
RAJAH 1
: Peta Hujan
bagi Semenanjung Malaysia | Januari |
Februari
| Mac | April
| Mei
| Jun |
Julai |
Ogos
| September | Oktober | Buletin ini dikemaskinikan pada akhir bulan yang berikutnya selepas semua data diterima dan disahkan. |
|||||||||||||||||||||||