![]() |
|
|
|
|
|
|
||||||
|
buletin cuaca bulanan OKTOBER 2007 1. RINGKASAN Pada amnya, negara menerima jumlah hujan yang purata hingga sangat melebihi purata. Kebanyakkan tempat merekodkan suhu yang melebihi nilai purata suhu jangka panjang. Negara juga telah merekodkan jumlah sinaran suria yang rendah dan telah menerima kadar sejatan yang rendah. 2. HUJAN Bulan Oktober berada dalam tempoh Monsun Peralihan. Pada bulan ini, hujan lebat didapati berlaku di beberapa kawasan di sekitar utara Semenanjung Malaysia dan di sekitar barat Johor. Jumlah hujan yang direkodkan adalah dari purata hingga sangat melebihi purata. Beberapa episod kejadian banjir telah melanda kawasan-kawasan rendah di sekitar barat Johor dan bahagian utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia iaitu pada 13, 22, 23 dan 26 Oktober. Keadaan cuaca yang lembab ini adalah dipengaruhi oleh perolakan yang lebih kuat kesan daripada angin yang lemah dan pelbagai hala, suhu permukaan yang lebih tinggi daripada kebiasaannya, kandungan kelembapan udara yang tinggi dan ketidakstabilan atmosfera sepanjang tempoh tersebut. Selain daripada itu, kejadian aktiviti ribut tropika (Lekima, Krosa, Haiyan, Podul, Lingling, Kajiki dan Faxai) di Lautan Pasifik dan utara Laut China Selatan juga mempengaruhi keadaan cuaca yang lembab di negara terutamanya bagi negeri Sabah dan Sarawak. Bagi jumlah hujan bulanan, Kuantan telah merekodkan jumlah hujan tertinggi sebanyak 520.2 mm sementara Mersing merekodkan jumlah hujan terendah dengan 92.6 mm. Di Malaysia Timur, Sandakan telah merekodkan jumlah hujan tertinggi sebanyak 428.8 mm manakala Tawau pula merekodkan jumlah hujan terendah dengan bacaan 153.6 mm. Berdasarkan skema klasifikasi, terdapat 5 stesen merekodkan jumlah hujan sangat melebihi purata, 3 stesen merekodkan melebihi purata dan 22 stesen merekodkan jumlah hujan menyamai purata. Sementara itu, terdapat 2 stesen yang merekodkan jumlah hujan kurang daripada purata dan 1 stesen merekodkan jumlah hujan sangat kurang daripada purata. Didapati Kuching mencatatkan jumlah hujan harian tertinggi dengan 195.4 mm pada 31 Oktober. Bilangan hari hujan bagi Semenanjung Malaysia berjulat dari 13 hingga 28 hari manakala Malaysia Timur merekodkan bilangan hari hujan dari 14 hingga 25 hari. 3. SUHU Pada amnya, kebanyakkan tempat di negara telah mencatatkan suhu yang tinggi berbanding suhu jangka panjang untuk bulan Oktober. Purata suhu bulanan bagi kawasan tanah rendah berjulat dari 26.1°C hingga 27.9°C seperti yang direkod di Labuan dan Senai. Kuantan telah merekodkan sisihan positif yang terbesar iaitu +0.7°C dari normal. Purata suhu minimum bagi tanah rendah berjulat dari 22.9°C (Kuala Krai) hingga 24.9°C (Labuan). Suhu terendah bagi bulan ini ialah 21.7°C telah direkodkan di Kluang. Purata suhu maksimum bagi tanah rendah berjulat dari 30.1°C (Butterworth) hingga 32.8°C (Kluang). Suhu tertinggi bagi bulan ini ialah 36.3°C telah direkod di Kluang. Satu-satunya stesen tanah tinggi, Cameron Highlands, telah merekodkan suhu berjulat dari 13.9°C hingga 23.9°C dengan suhu purata 17.6°C.4. SINARAN SURIA Negara pada amnya telah menerima sinaran suria yang kurang dari purata. Julat purata sinaran suria harian ialah dari 12.64MJm-2 (Senai) hingga 19.78MJm-2 (Miri). Sisihan positif dan negatif terbesar dari normal adalah +3.75MJm-2 (Miri) dan -2.35MJm-2 (Senai). Cameron Highlands mencatatkan sinaran suria yang diterima sebanyak 11.29MJm-2 dengan sisihan -0.88MJm-2 .5. SEJATAN Negara juga telah menerima kadar sejatan yang rendah pada bulan Oktober ini. Purata kadar sejatan harian bagi tanah rendah berjulat dari 2.6mm/hari (Kuala Krai) hingga 5.0mm/hari (Sandakan). Sisihan negatif terbesar ialah -0.7mm/hari (Pulau Langkawi and Mersing) manakala sisihan positif terbesar ialah +0.7mm/hari (Sandakan). Purata kadar sejatan harian di Cameron Highlands ialah 2.0mm/hari dengan sisihan sebanyak +0.4mm/hari.
Rajah dan Jadual :-
RAJAH 1
: Peta Hujan
bagi Semenanjung Malaysia | Januari |
Februari
| Mac | April
| Mei
| Jun |
Julai |
Ogos
| September | Oktober | Buletin ini dikemaskinikan pada akhir bulan yang berikutnya selepas semua data diterima dan disahkan. |
|||||||||||||||||||||||