![]() |
|
|
|
|
|
|
||||||
|
buletin cuaca bulanan NOVEMBER 2007 1. RINGKASAN Secara keseluruhannya, kebanyakan kawasan di Malaysia menerima hujan yang purata dan sangat kurang daripada nilai purata. Kebanyakan tempat merekodkan suhu yang melebihi nilai purata suhu jangka panjang. Negara juga merekodkan jumlah sinaran suria dan kadar sejatan yang rendah berbanding purata. 2. HUJAN Bagi November 2007, kebanyakkan tempat di Malaysia terutamanya di bahagian pantai timur semenanjung mencatatkan peratusan hujan yang sangat kurang dari paras purata. Perkara ini adalah disebabkan terdapatnya luruan monsun yang kuat dari benua Siberia terutamanya pada penghujung bulan November. Rabung sub-tropika yang lemah sepanjang tempoh tersebut pula telah menyebabkan angin timuran yang lembab tidak dapat memasuki rantau Asia Tenggara. Luruan monsun yang sejuk dan kering dari benua Siberia ini telah mendominasi laluan angin di sekitar kawasan Asia Tenggara sebelum merentasi khatulistiwa (cross-equatorial flow) ke palung monsun yang aktif di bahagian hemisfera selatan. Kejadian ini telah memberi kesan kepada keadaan cuaca yang kering di kebanyakan tempat di bahagian barat Asia Tenggara termasuklah Semenanjung Malaysia . Berdasarkan skema klasifikasi, terdapat 20 stesen merekodkan jumlah hujan yang menyamai nilai purata, 2 stesen merekodkan melebihi purata, 1 stesen merekodkan sangat melebihi nilai purata, 4 stesen merekodkan kurang daripada purata dan 6 stesen merekodkan sangat kurang daripada nilai purata. Bilangan hari hujan bagi Semenanjung Malaysia berjulat daripada 17 hingga 22 hari manakala Malaysia Timur merekodkan bilangan hari hujan dari 14 hingga 24 hari. Bagi jumlah hujan bulanan di Semenanjung Malaysia, Kuala Terengganu telah merekodkan jumlah hujan yang tertinggi sebanyak 346.6 mm sementara Temerloh merekodkan yang paling rendah (119.8 mm). Di Sarawak, Kuching merekodkan jumlah hujan yang tertinggi (457.2 mm) manakala Sibu mencatatkan yang jumlah hujan paling rendah (295.8 mm). Di Sabah, Kota Kinabalu merekodkan jumlah hujan yang paling tinggi (502.7 mm) dan yang paling rendah (163.4 mm) dicatatkan di Sandakan. Bagi jumlah hujan harian, amaun tertinggi di Semenanjung Malaysia telah direkodkan oleh Stesen Kuala Terengganu, iaitu 128.0 mm pada 10hb November. Di Sarawak, amaun tertinggi ialah 188.6 mm dicatatkan di Kuching pada 30hb November. Di Sabah, amaun paling tinggi ialah 90.6 mm direkodkan di Sandakan pada 17hb November. 3. SUHU Purata suhu bulanan bagi kawasan tanah rendah berjulat antara 25.7°C di Kuala Krai hingga 27.2°C di Pulau Langkawi. Sisihan positif terbesar (+0.7°C) direkodkan di Kluang. Purata suhu minimum bulanan bagi kawasan tanah rendah adalah berjulat antara 22.9°C di Kuala Krai hingga 24.5°C di Pulau Langkawi. Suhu terendah bagi bulan ini adalah 21.0°C direkodkan di Senai. Purata suhu maksimum bulanan bagi kawasan tanah rendah pula adalah berjulat antara 29.7°C di Kota Bharu hingga to 32.1°C di Temerloh. Suhu tertinggi yang dicatatkan pada bulan ini adalah 35.5°C di Kluang. Stesen paras tinggi Cameron Highlands merekodkan suhu yang berjulat antara 13.9°C hingga 24.0°C dengan nilai purata 17.5°C. 4. SINARAN SURIA Purata sinaran suria harian berjulat dari 11.45 MJm-² direkodkan di Senai hingga 17.15 MJm-² di Subang. Sisihan positif dan negatif yang terbesar ialah +2.69 MJm-² di Subang dan -3.02 MJm-² di Kuching. 5. SEJATAN Purata kadar sejatan harian bagi kawasan tanah rendah berjulat dari 2.2 mm/hari di Mersing hingga 4.4 mm/hari di Sandakan. Sisihan positif dan negatif yang terbesar adalah +0.7 mm/hari di Kudat, dan -1.0 mm/hari di Mersing. Bagi Stesen tanah tinggi Cameron Highlands merekodkan 1.7 mm/hari dengan sisihan 0.1 mm/hari.
Rajah dan Jadual :-
RAJAH 1
: Peta Hujan
bagi Semenanjung Malaysia | Januari | Februari
| Mac | April
| Mei
| Jun |
Julai |
Ogos
| September | Oktober | Buletin ini dikemaskinikan pada akhir bulan yang berikutnya selepas semua data diterima dan disahkan. |
|||||||||||||||||||||||