buletin cuaca bulanan

DISEMBER  2007

1. RINGKASAN

Cuaca pada bulan Disember telah dipengaruhi oleh Monsun Timur Laut yang bermula pada November yang lalu. Secara klimatologinya, keadaan cuaca di seluruh negara adalah lembap. Kebanyakkan tempat menerima hujan purata hingga melebihi purata, namun di Kota Bharu, Labuan dan Kota Kinabalu menerima hujan kurang dari nilai purata. Suhu, solar radiasi dan sejatan direkodkan pada bacaan purata.

2. HUJAN

SecaraSecara amnya, kebanyakan tempat di Malaysia adalah lembap dan menerima hujan melebihi nilai purata.

Pada tempoh 20 hari pertama dalam bulan ini, kebanyakan negeri menerima jumlah hujan yang seragam di Semenanjung Malaysia, sementara di Malaysia Timur, kebanyakan tempat menerima hujan yang seragam sepanjang bulan.

 

Secara reruang, kawasan Pantai Timur menerima lebih banyak hujan di Semenanjung Malaysia. Di Malaysia Timur, kawasan barat Sarawak dan utara Sabah menerima jumlah hujan yang tinggi berbanding kawasan lain. Luruan sejuk dari benua Asia dan penumpuan kandungan udara lembap yang tinggi dari angin timuran Pasifik Barat telah menyebabkan hujan lebat yang berterusan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

 

Kuala Krai , Muadzam Shah dan Temerloh telah merekodkan amaun hujan yang tertinggi dalam rekod untuk bulan Disember masing-masing pada bacaan 1111.2mm,  1095.4mm dan 441.4mm. Muadzam Shah, Sandakan dan Kuching merekodkan amaun tertinggi hujan harian untuk rekod bagi bulan Disember,masing-masing pada bacaan 342.3mm pada 10 haribulan, 103.4mm pada 21 haribulan dan 139.0mm pada 31 Disember 2007.

 

Bilangan hari hujan berjulat dari 11 hari di Pulau Langkawi 29 hari di Kudat.

Kuala Krai telah merekodkan jumlah hujan tertinggi sebanyak 1111.2mm sementara Pulau Langkawi merekodkan jumlah hujan paling rendah; 54.0mm. 

3. SUHU

Secara amnya, negara mencatatkan suhu normal untuk bulan Disember.

Purata suhu bulanan bagi kawasan tanah rendah berjulat antara 24.7°C di Kuala Krai hingga 27.7°C yang direkodkan di Pulau Langkawi. Sisihan positif terbesar +0.8°C direkodkan di Kota Bharu sementara sisihan negatif terbesar -0.8°C direkodkan  di Kota Bharu.
 

Purata suhu minimum bulanan bagi kawasan tanah rendah adalah berjulat antara 2.2°C di Kuala Krai hingga 25.4°C di Labuan.

 

Purata suhu maksimum bulanan bagi kawasan tanah rendah pula adalah berjulat antara 28.8°C di Kuala Terengganu(Climat) hingga to 31.9°C di Ipoh. Suhu tertinggi bagi bulan ini adalah 34.7°C direkodkan di Ipoh.

Stesen paras tinggi Cameron Highlands merekodkan suhu yang berjulat antara 10.9°C hingga 23.3°C dengan nilai purata 17.3°C.

 

Secara4. SINARAN SURIA

 

Semua stesen di seluruh negara menerima sinaran suria yang normal pada bulan ini.

Purata sinaran suria harian yang direkodkan bagi kawasan tanah rendah berjulat dari 11.51MJm-2 yang direkodkan di Senai hingga 16.54MJm-2 yang direkodkan di Bayan Lepas.

 

Sisihan positif dan negatif terbesar adalah 3.32MJm -2  telah direkodkan di Kota Bharu dan -2.54 MJm-2  yang direkodkan di Senai.

 

Cameron Highlands mencatatkan sinaran suria yang diterima sebanyak 12.84MJm-2  dengan sisihan 0.37MJm-2 .

5. SEJATAN

Secara keseluruhan, kadar sejatan harian yang direkodkan di seluruh negara adalah normal.

Purata kadar sejatan bagi kawasan tanah rendah berjulat dari 2.2mm/hari direkodkan di Kuala Terengganu(Climat) hingga 4.4mm/hari direkodkan di Sandakan.Sisihan positif terbesar ialah +0.7mm/hari direkodkan di Kuantan dan Sandakan, manakala sisihan negatif terbesar -1.1mm/hari direkodkan di Pulau Langkawi.

Purata kadar sejatan harian di Cameron Highlands ialah 1.6mm/hari dengan sisihan +0.0mm/hari.

 

Rajah dan Jadual :-

   RAJAH 1    : Peta Hujan bagi Semenanjung Malaysia
   RAJAH 2    : Peta Hujan bagi Sabah dan Sarawak

| Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober |
November | Disember | 

Buletin ini dikemaskinikan pada akhir bulan yang berikutnya selepas semua data diterima dan disahkan.