|
Nota Huraian Bagi Peta Sebaran Initial Spread
Index (ISI)
ISI adalah penunjuk kepada keamatan api depan (head fire), kadar api yang merebak, dan kesukaran mengawal kebakaran pada kawasan berumput. ISI adalah gabungan di antara kesan kelajuan angin dan
FFMC.
Bagi
menginterpretasikan peta ini, sila rujuk kepada jadual di bawah
:
| Kelas
- Kepayahan Mengawal Kebakaran |
Interpretasi
|
| Rendah |
Keamatan api di kawasan berumput adalah rendah. Api merebak dengan perlahan atau akan terpadam dengan sendiri. Kebakaran kawasan berumput dapat dikawal dengan jayanya dengan menggunakan peralatan tangan.
|
| Sederhana |
Keamatan api di kawasan berumput adalah sederhana. Peralatan tangan adalah berkesan jika digunakan disepanjang sisi api (fire flanks), tetapi air di bawah tekanan (pam, hos) mungkin diperlukan untuk memadamkan api depan di kawasan berumput.
|
| Tinggi
|
Keamatan api di kawasan berumput adalah tinggi. Serangan langsung (direct attack) kepada api depan memerlukan air di bawah tekanan, dan jentera berat mungkin diperlukan untuk membina garisan kawalan. (con.: Jentolak)
|
| Melampau |
Keamatan api di kawasan berumput adalah sangat tinggi. Kawalan kebakaran akan memerlukan pembinaan garisan kawalan menggunakan jentera berat dan air di bawah tekanan. Serangan secara tidak langsung (indirect attack) dengan pembakaran semula di antara garisan kawalan dan api mungkin diperlukan.
|
Rendah
= 0-1 Sederhana = 2 - 3 Tinggi =
4 - 5 Melampau > 5 |