RINGKASAN HUJAN BULANAN
    MEI  2008

 

Ringkasan           

              Secara amnya, Malaysia sedang mengalami Monsun Barat Daya yang telah bermula pada penghujung April 2008. Majoriti kawasan di Semenanjung Malaysia telah menerima jumlah hujan pada paras di bawah purata dan purata. Namun begitu, kawasan di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia, seluruh Sabah dan Sarawak kecuali Labuan dan Miri menerima jumlah hujan pada paras purata dan sangat melebihi purata.

Taburan Hujan

(a)                Semenanjung Malaysia           

                Pada tempoh penghujung April sehingga pertengahan Mei 2008, Monsun Barat Daya menjadi aktif disebabkan oleh kehadiran Taufan Rammasun dan Ribut Tropika Halong di bahagian barat Lautan Pasifik dan Laut China Selatan. Ini telah menyebabkan  kebanyakkan kawasan terutamanya di bahagian tengah dan selatan Semenanjung Malaysia mengalami keadaan yang kering sepanjang tempoh tersebut. Mulai pertengahan Mei sehingga penghujung bulan Mei 2008, kekuatan angin barat daya telah menjadi lemah. Keadaan ini telah menyebabkan hujan lebat berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya pada lewat petang dan awal malam.

               Walaubagaimanapun, beberapa kejadian angin kencang dan ombak besar telah melanda kawasan sekitar perairan utara pantai barat pada awal Mei 2008. Fenomena air pasang perbani yang berlaku juga telah mengakibatkan deretan rumah kedai di sekitar Butterworth dan Seberang Perai dinaiki air setinggi 3 m pada 6 Mei 2008. Ini berikutan daripada luruan ombak (kenaikan paras air laut susulan daripada kejadian angin kencang dan ombak besar) kesan daripada Siklon Nargis yang terbentuk di Lautan Hindi yang berlaku pada tempoh tersebut.  

               Senarai beberapa buah stesen di Semenanjung Malaysia yang telah mencatatkan rekod baru hujan harian tertinggi dan hujan bulanan terendah bagi bulan Mei ialah seperti jadual di bawah. 

Stesen

 Jumlah Hujan Harian Tertinggi

 Jumlah Hujan Bulanan Terendah

 Rekod Terdahulu

 Rekod Baru

 Rekod Terdahulu

 Rekod Baru

Prai

 

 

      47.1 mm      (2003)

44.8 mm

Kluang

 

 

      59.8 mm      (1976)

51.2 mm

Kuala Terengganu

   75.5 mm   (5/1994)

 79.8 mm  (20/2008)

 

 

               Bilangan hari hujan bagi Semenanjung Malaysia berjulat dari 5 hingga 21 hari.

      (b)          Sabah dan Sarawak

              Secara keseluruhannya, Sabah dan Sarawak mengalami keadaan cuaca yang lembap dengan jumlah hujan yang diterima adalah pada paras normal dan melebihi normal. Namun begitu, bahagian Miri di Sarawak dan Labuan di Sabah telah menerima jumlah hujan pada paras kurang dari normal pada bulan ini.

          Taburan hujan di Sabah banyak dipengaruhi oleh kesan sampingan daripada laluan Taufan Rammasun dan Ribut Tropika Halong yang terbentuk di bahagian barat lautan Pasifik dan Laut China Selatan. Laluan taufan dan ribut tropika ini telah mengakibatkan kejadian angin kencang dan ribut petir melanda Tawau pada 7 Mei 2008, bahagian Kudat serta Pantai Barat Sabah pada 13 Mei 2008 dan daerah Semporna, Sabah pada 16 Mei 2008. Kesan sampingan daripada laluan taufan dan ribut tropika ini turut mempengaruhi keadaan cuaca di bahagian utara Sarawak terutamanya Miri.

  Berikut adalah maklumat berkaitan angin kencang dan banjir kilat di Sabah dan Sarawak yang berlaku sepanjang Mei 2008 dan turut dilaporkan media tempatan.

 Tarikh

 Lokasi

 Maklumat Berkaitan 

7/5/2008

Tawau, Sabah

 Beberapa bumbung bangunan dan kawasan sekitar Tawau telah mengalami kerosakan akibat daripada angin kencang dengan kelajuan mencapai 36 km/j.

13/5/2008

 

Bahagian Pantai Barat dan Kudat, Sabah

 

 Angin kencang dengan kelajuan mencapai 60 km/j beserta ribut petir dan hujan lebat telah mengakibatkan Sekolah Kebangsaan Malangkap mengalami kerosakan.  

 

13/5/2008

 

Miri, Sarawak

 Angin kencang dengan kelajuan mencapai 68.4 km/j akibat daripada kesan sampingan Taufan Rammasun telah menyebabkan lebih 30 batang pokok tumbang dan memusnahkan harta benda.

16/5/2008

Semporna, Sabah

 Angin langkisau dengan kelajuan mencapai 54 km/j beserta ribut petir dan hujan lebat telah melanda kawasan sekitar Semporna di bahagian Tawau, Sabah adalah kesan daripada pembentukan ribut tropika Halong di Laut China Selatan.

 

 

Jumlah Hujan Bulan Mei 2008

 
Hujan Bulanan