Pengukur Tekanan Udara (Barometer)
 

Barometer adalah instrumen cuaca yang digunakan secara meluas untuk mengukur tekanan atmosfera (berat udara di dalam atmosfera). Terdapat tiga jenis barometer yang biasa digunakan dalam bidang meteorologi iaitu barometer merkuri, aneroid dan barometer digital. Memandangkan pencerapan cuaca ketika ini menggunakan sistem automatik, penggunaan barometer digital adalah lebih praktikal. Secara asasnya, barometer digital diaplikasikan menggunakan kaedah aneroid dengan menggantikan komponen mekanikal kepada sensor tekanan. Barometer memberi bacaan dalam unit milibar, Inches of Mercury (inHg), Atmospheres (Atm) dan Pascals (Pa).