Buletin Meteorologi Pertanian 10 Hari
| DEKAD PERTAMA JUN 2017 (1hb – 10hb JUN 2017) RINGKASAN Pada dekad pertama Jun, kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan anomali hujan di bawah paras purata dengan jumlah hujan kurang dari 30.0 mm. Manakala satu dua tempat di Perak, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak telah merekodkan jumlah hujan melebihi dari 60.0 mm. Untuk dekad ini, stesen Pejabat Haiwan Machang telah merekodkan hujan tertinggi iaitu 136.0 mm dengan jumlah 7 hari hujan. Bagi kadar sejatan harian, hampir semua tempat di Malaysia merekodkan bacaan dari 3.5 hingga 4.5 mm. Pada dekad ini, Langkawi telah merekodkan kadar sejatan harian yang tinggi iaitu sebanyak 5.7 mm. Rekod sinaran solar harian pada dekad ini menunjukkan rata-rata tempat di Malaysia mencatatkan bacaan dari 16.0 hingga 20.0 MJm-2 . Satu dua tempat di bahagian timur Sabah pula mencatatkan bacaan yang kurang dari 16.0 MJm-2 manakala di Kedah, Selangor, Kelantan dan Terengganu mencatatkan bacaan yang melebihi 20.0 MJm-2. Merujuk kepada suhu, kebanyakan kawasan tanah rendah di Malaysia menerima purata suhu harian di antara 27.8 hingga 29.9 ºC. Suhu yang tertinggi untuk tempoh ini adalah 36.6 ºC yang dicatatkan di MARDI Kuala Kangsar, Perak manakala suhu yang terendah adalah 21.7 ºC yang dicatatkan di MARDI Kelang, Selangor. |
| Halaman : 1 2 3 Halaman : 1 2 3 |







