| Klasifikasi Agroiklim dan Zon Tanaman |
Peta iklim pertanian membahagikan Malaysia kepada zon-zon yang berbeza tempoh masa apabila bekalan air semulajadi (hujan dan kelembapan tanah) adalah cukup untuk memenuhi keperluan tanaman. Peta zon tanaman mengkelaskan negara kepada zon-zon yang berbeza paras kesesuaian untuk menanam 14 jenis tanaman utama Malaysia. Peta-peta tersebut adalah dalam skala 1:500,000. Ia secara khususnya, berguna untuk perancangan pertanian seperti pengurusan tanah pertanian dan kajian iklim pertanian.
