| Indeks Cuaca Risiko Kebakaran (FDRS) Malaysia
Nilai FFMC yang ditunjukkan pada peta adalah kadar numerikal bagi kandungan kelembapan litter dan juga bahan bakar halus yang lain. FFMC menunjukkan hubungan relatif kemudahan mula menyala dan kemudahan terbakar bahan bakar halus. Oleh sebab itu, FFMC digunakan sebagai pengukur keupayaan menyala atau keupayaan bila kebakaran bermula dan tersebar di sesuatu kawasan. (Bahan Bakar Halus : Slash fuels, padang rumput, lalang, belukar dan sebagainya) Skala yang digunakan untuk mengkategorikan FFMC adalah seperti berikut:
Kod Kandungan Kelembapan DUFF (DMC) Nilai DMC yang ditunjukkan pada peta adalah kadar numerikal purata kandungan kelembapan bagi lapisan organik permukaan yang tidak padat. Kod ini menunjukkan penggunaan bahan bakar organik di lapisan permukaan yang mempunyai ketumpatan yang rendah dan bahan berkayu yang bersaiz sederhana. Skala yang digunakan untuk mengkategorikan DMC adalah seperti berikut:
Kod Kemarau (DC) Nilai DC yang ditunjukkan pada peta adalah nilai penunjuk bagi kandungan kelembapan lapisan bahan organik yang padat dan dalam. Tanah gambut adalah antara contoh tanah organik yang padat dan dalam. DC digunakan sebagai penunjuk kepada keupayaan api untuk membara di tanah gambut yang mana ianya adalah penyebab utama kepada udara yang berasap dan berjerebu di Asia Tenggara. Ia juga boleh digunakan sebagai penunjuk kepada kepayahan untuk memadamkan kebakaran yang dalam di tanah gambut dan juga sebagai penunjuk amaran awal kepada keadaan jerebu yang serius. Skala yang digunakan untuk mengkategorikan DC adalah seperti berikut:
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Halaman: 1 2
Halaman: 1 2

