| Istilah | Definasi |
| Gegaran dirasai | Gegaran yang dirasai di Malaysia. |
| Kedalaman | Kedalaman gempa bumi yang diukur dari permukaan bumi sehingga ke titik punca gempa. Diukur dalam unit kilometer. |
| Epicenter | Satu titik di permukaan bumi yang diukur secara menegak di atas hypocenter (titik punca gempa bumi). |
| Hypocenter | Satu titik di dalam kerak bumi yang mana adalah titik mula patahan gempa bumi terjadi. |
| Foreshocks | Satu siri gempa bumi bersaiz kecil yang kerap terjadi sebelum berlakunya gempa bumi utama. |
| Mainshocks | Gempa bumi terbesar dalam suatu urutan kejadian gempa bumi. |
| Gempa susulan | Satu siri gempa bumi bersaiz kecil atau sederhana yang terjadi selepas berlakunya gempa bumi utama. |
| Magnitud | Suatu nombor yang menunjukkan saiz gempa bumi yang berlaku. Magnitud ini diukur berdasarkan kepada amplitud maksimum gelombang seismik yang direkodkan oleh seismogram. |
| Intensiti | Suatu nombor dalam huruf roman yang menunjukkan kekuatan gempa bumi yang berlaku dan memberi kesan di permukaan bumi, manusia dan juga struktur bangunan. |