Petaling Jaya
Purata kepekatan bulanan PM-10 di Petaling Jaya ialah 26.5µg/m3 dengan nilai bacaan tertinggi kepekatan PM-10, 34.0µg/m3 dan nilai terendah, 12.2µg/m3. Setiap bacaan masing-masing direkodkan pada 17hb dan 2hb April 2017. Purata kepekatan PM-10 bulanan bagi bulan April 2017 telah menunjukkan penurunan sebanyak 31.3% berbanding purata kepekatan jangka panjang iaitu 38.5µg/m3.

Senai
Nilai kepekatan PM-10 terendah iaitu 12.9µg/m3 telah direkodkan pada 27hb April 2017 dan nilai kepekatan tertinggi iaitu 35.8µg/m3 pada 12hb April 2017. Purata kepekatan bulanan PM-10 pada bulan ini iaitu 24.1µg/m3, telah menunjukkan pengurangan sebanyak 21.3% berbanding dengan purata kepekatan jangka panjang, 30.6µg/m3. Tiada bacaan direkodkan selama lima hari berturut-turut (18hb sehingga 22hb) yang disebabkan oleh kerosakan pada alat sepanjang tempoh tersebut.

Bayan Lepas
Purata kepekatan bulanan PM-10 ialah 20.0µg/m3. Bacaan tertinggi iaitu 30.8µg/m3 telah direkodkan pada 17hb manakala bacaan terendah iaitu 11.1µg/m3 telah direkodkan pada 2hb April 2017. Purata kepekatan bulanan PM-10 telah berkurang sebanyak 25.5% berbanding purata kepekatan jangka panjang iaitu 26.8µg/m3. Tiada bacaan direkodkan pada 19hb berikutan daripada masalah teknikal pada alat sepanjang hari tersebut.

Cameron Highlands
Bacaan tertinggi kepekatan PM-10 di Tanah Rata, Cameron Highlands telah direkodkan dua hari berturut-turut pada 17hb dan 18hb April 2017 (15.2µg/m3) dan bacaan terendah direkodkan pada 5hb April 2017 (6.8µg/m3). Purata bulanan kepekatan PM-10 pula ialah 11.0µg/m3 telah mengalami pengurangan sebanyak 23.6% daripada purata kepekatan jangka panjang iaitu 14.4µg/m3. Masalah instrumentasi yang berlaku pada 2hb, 3hb, 20hb dan 21hb, serta masalah putus bekalan eletrik yang diakibatkan oleh kilat pada 4hb telah menyebabkan kehilangan data pada hari-hari ini.

Kuching
Purata kepekatan PM-10 bulanan yang direkodkan ialah 19.4µg/m3 dan peratus perbezaan kepekatan PM-10 bulanan didapati telah menurun sebanyak 26.9% berbanding dengan purata kepekatan jangka panjang iaitu 26.5µg/m3. Nilai bacaan kepekatan PM-10 tertinggi, 26.3µg/m3 dan nilai bacaan terendah, 13.6µg/m3 telah direkodkan pada 13hb dan 3hb April 2017 masing-masing.

Ringkasan
Keadaan cuaca lembap diperhatikan berterusan di rantau selatan ASEAN dengan angin lazim secara amnya lemah dan pelbagai arah sepanjang bulan April 2017. Ini adalah selari dengan keadaan negara yang sedang mengalami musim peralihan monsun dimana ia dijangka berterusan sehingga pertengahan Mei 2017.
Sepanjang tempoh ini, kebanyakan tempat di Malaysia telah merekodkan jumlah hujan yang normal dan melebihi normal. Malah, jumlah hujan yang diterima oleh stesen-stesen di atas didapati telah menunjukkan peningkatan berbanding bulan sebelumnya. Keadaan ini telah mengakibatkan kebanyakan stesen merekodkan bacaan kepekatan PM-10 lebih rendah kecuali Senai dan Kuching.