Melompat ke Kandungan
1Akses
English
Besarkan saiz font Set semula saiz font Kurangkan saiz font

BULETIN CUACA BULANAN

BULAN OGOS 2017

 

Pengenalan

Malaysia berada dalam fasa Monsun Barat Daya dan kebanyakan tempat menerima cuaca yang lembap pada bulan Ogos 2017. Malah, jumlah hujan, suhu dan sinaran suria yang direkodkan adalah melebihi paras purata. Walau bagaimanapun, kadar sejatan harian yang direkodkan pada bulan ini adalah kurang dari purata.

Selain daripada faktor ‘Sumatras' pada awal pagi dan kesan topografi tempatan, corak cuaca di Malaysia turut di pengaruhi oleh kewujudan dua taufan iaitu ‘Phakar' dan ‘Mawar' di Laut China Selatan dan perairan timur Filipina.

 

Hujan

Kebanyakan kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di Prai, Pulau Langkawi, Alor Setar dan Melaka telah mencatatkan hujan yang melebihi 400.0 mm. Prai dan Gong Kedak telah mencipta rekod jumlah hujan tertinggi terbaru untuk Ogos iaitu 461.8 mm dan 397.8 mm. Bacaan hujan harian tertinggi pula telah direkodkan di Prai pada 13 Ogos dengan nilai 176.2 mm, 111.0 mm di Petaling Jaya pada 25 Ogos dan 151.8 mm di Melaka pada 10 Ogos. Walau bagaimanapun Sitiawan  dan Butterworth telah mencatatkan jumlah hujan di bawah purata.

Bagi Sabah dan Sarawak, kesemua kawasan mencatatkan jumlah hujan di atas purata. Pada bulan ini, dua stesen telah mencipta rekod hujan bulan Ogos tertingi iaitu Kapit sebanyak 516.0 mm dan Labuan sebanyak 929.8 mm.

Rekod hari hujan bagi setiap stesen adalah lebih tertumpu pada awal Ogos 2017 manakala taburan hujan yang direkodkan di stesen-stesen pula adalah tidak sekata. Beberapa tempat terutamanya di utara Semenanjung Malaysia telah merekodkan jumlah hujan yang banyak manakala di persisiran Perak dan Pahang pula telah merekodkan hujan yang sedikt. Bagi Semenanjung Malaysia, jumlah hari hujan tertinggi sebanyak 26 hari telah dicatatkan di Cameron Highlands manakala hari hujan terendah iaitu 15 hari direkodkan Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

Bagi Sabah dan Sarawak, hari hujan tertinggi sebanyak 26 hari direkodkan di Ranau manakala hari hujan terendah sebanyak 15 hari direkodkan di Kudat.

 

Suhu

Kebanyakan stesen telah merekodkan suhu lebih tinggi daripada purata suhu. Di kawasan tanah rendah, Kapit telah merekodkan suhu maksimum tertinggi iaitu 35.6°C. Manakala suhu minimum terendah telah direkodkan di Ranau sebanyak 18.9°C. Satu-satunya stesen tanah tinggi iaitu di Cameron Highlands telah merekodkan suhu dari 14.5°C hingga 24.6°C.

 

Sinaran Suria

Di kawasan tanah rendah, purata harian sinaran suria adalah dari 7.73 MJm-2 di Kudat hingga 25.28 MJm-2 di Tawau.  Purata sinaran suria yang telah direkodkan di Cameron Highlands pula adalah 14.07 MJm-2.  Sisihan positif tertinggi iaitu +8.74 MJm-² telah direkodkan di Subang manakala sisihan negatif terendah -1.66 MJm-² telah direkodkan di Senai.

 

Sejatan

Purata harian bagi kadar sejatan di kawasan tanah rendah adalah dari 2.7 mm/hari di Batu Pahat sehingga 5.16 mm/hari di Kudat.  Sisihan positif tertinggi sebanyak +1.5 mm/hari telah direkodkan di Chuping dan sisihan negatif terendah sebanyak -0.9 mm/hari telah direkodkan di Kota Kinabalu.  Manakala, kadar sejatan harian di Cameron Highlands adalah 1.79 mm/hari dengan nilai sisihan -0.1mm/hari. 

 

Rajah :

RAJAH 1   : Jumlah Hujan Bulanan

RAJAH 2a : Purata Suhu Bulanan

RAJAH 2b : Purata Suhu Maksima Bulanan

RAJAH 2c : Purata Suhu Minimum Bulanan