Weather on Wednesday, 18/09/2019
26°
Muadzam Shah
26°
Kuala Terengganu
27°
Kerteh
27°
Senai
26°
Alor Star
27°
Butterworth
27°
Sibu
23°
Keningau
26°
Kapit
25°
Lubuk Merbau
28°
Petaling Jaya
26°
Sitiawan
27°
Kuantan
30°
Sandakan
27°
Tawau
27°
Sri Aman
28°
Kudat
29°
Miri
26°
Gong Kedak
26°
Batu Embun
27°
Limbang
25°
Kota Bharu
27°
Mersing
27°
Ipoh
30°
Kota Kinabalu
28°
Bintulu
25°
Kuala Krai
28°
Melaka
29°
KLIA
17°
Cameron Highlands
26°
Pertanian Chuping
27°
Pulau Langkawi
25°
Mulu
28°
Bayan Lepas
26°
Kuala Pilah
26°
Temerloh
27°
Kuching
29°
Labuan
27°
Batu Pahat
28°
Subang
27°
Kluang

Peralatan Meteorologi


Pengukur Suhu


Sistem pengesan menggunakan kombinasi teknologi litar dalaman dengan elemen termometer rintangan platinum untuk pengukuran suhu yang sangat tepat.


Termometer bebuli kering dan basah di sokong secara tegak di dalam Adang Stevenson. Di sebelah kanan adalah termometer bebuli basah manakala termometer bebuli kering adalah di sebelah kiri . Bebuli termometer basah dibalut dengan kain muslin dan diikat dengan benang. Benang itu dimasukkan ke dalam takungan yang berisi dengan air tulin.


Pengukur Tekanan Udara (Barometer)


Barometer adalah instrumen cuaca yang digunakan secara meluas untuk mengukur tekanan atmosfera (berat udara di dalam atmosfera). Terdapat tiga jenis barometer yang biasa digunakan dalam bidang meteorologi iaitu barometer merkuri, aneroid dan barometer digital. Memandangkan pencerapan cuaca ketika ini menggunakan sistem automatik, penggunaan barometer digital adalah lebih praktikal. Secara asasnya, barometer digital diaplikasikan menggunakan kaedah aneroid dengan menggantikan komponen mekanikal kepada sensor tekanan. Barometer memberi bacaan dalam unit milibar, Inches of Mercury (inHg), Atmospheres (Atm) dan Pascals (Pa).


Penunjuk Arah dan Kelajuan Angin


Arah angin ditentukan mengikut arah tiupan angin. Ia dipaparkan dalam bentuk darjah yang diukur mengikut arah jam dari utara. Penunjuk arah angin (wind vane) digunakan untuk menunjukkan atau merekodkan arah angin permukaan. Peralatan yang digunakan untuk mengukur kelajuan angin dipanggil anemometers, alat yang paling biasa digunakan adalah cup anemometer. Ia dibentuk daripada tiga cup secara hemisferik. Perbezaan tekanan angin di antara cup akan menyebabkan cup tersebut berpusing. Kadar pusingan adalah berkadar langsung dengan kelajuan angin. Kelajuan angin diukur dalam unit meter per saat atau knot. Keadaan tenang (calm) dilaporkan apabila kelajuan angin adalah kurang daripada 0.5 meter per saat atau kurang dari satu knot.


Perakam Hujan

Terdapat pelbagai kaedah pencerapan hujan yang digunakan dalam sains meteorologi. Di Malaysia, dua kaedah digunakan untuk pencerapan hujan iaitu menggunakan alat konvensional dan peralatan automatik. Pencerapan hujan secara konvensional menggunakan tolok hujan (rain gouge). Tolok hujan konvensional berbentuk silinder berdiameter 5 inci dan berketinggian 18 inci. Pengumpulan dan bacaan hujan dibuat setiap hari secara manual.

Untuk pencerapan secara automatik pula, terdapat beberapa jenis alat yang digunakan seperti tipping bucket dan weighing precipitation. Terdapat juga peralatan yang menggunakan teknologi laser untuk pencerapan hujan.

Di Malaysia, tipping bucket digunakan secara meluas kerana harga yang berpatutan, data yang konsisten dan mudah untuk kalibrasi dilakukan. Pada asasnya, tipping bucket mempunyai corong penerima yang akan membawa air hujan kepada dua bekas. Terdapat dua bekas yang berkedudukan seperti jongkang jongket. Apabila bekas tersebut telah mengumpul sebanyak 0.2 mm air hujan, jisim air tersebut menyebabkan bekas tersebut tersendeng ke bawah dan mengosongkan ruangnya. Setiap kali bekas tersendeng ke bawah, ia akan menghantar isyarat elektrik dan ini membolehkan jumlah air hujan direkodkan mengikut masa. Maksimum air hujan yang dapat dikesan adalah sebanyak 200mm/jam.

         
Tipping Bucket




Tolok Hujan Konvensional



Sistem Cuaca Automatik (AWS)


Sistem AWS ( Automatic Weather System) terbahagi kepada dua iaitu sistem cuaca automatik utama dan sistem automatik auksiliari. Sistem cuaca automatik utama yang meliputi 43 buah stesen manakala sistem cuaca automatik auksiliari adalah sebanyak 221 buah stesen di seluruh Malaysia. Terdapat beberapa perbezaan antara sistem cuaca automatik utama dan sistem cuaca automatik auksiliari antaranya ialah perbezaan daripada sensor yang digunakan, keluasan tapak Pencerapan, kaedah Pencerapan dan juga susun atur sensor di tapak Pencerapan.

Sistem Cuaca Automatik Utama ( Main stations)

1. Sensor Pencerapan cuaca yang digunakan ialah:

  • Sensor mengukur laju angin (cup anamometer)
  • Sensor mengukur arah angin (wind vane)
  • Alat pengukuran suhu (PT100 & thermometer)
  • Sensor mengukur tekanan (barometer)
  • Sensor menyukat hujan ( tipping bucket)
  • Sensor mengukur keamatan matahari (pyranometer)

2. Tapak Pencerapan

Keluasan tapak Pencerapan adalah 25m x 25m dan kedudukan sensor pula adalah berdasarkan piawai yang telah ditetapkan oleh World Meteorological Organization (WMO) seperti rajah di bawah.

3. Kaedah Pencerapan

i) Kaedah Pencerapan adalah secara realtime dimana data yang dicerap daripada sensor akan dihantar ke data logger dan diproses sebelum dihantar ke pangkalan data di ibu pejabat sebagai data siap. Data tersebut seterusnya akan dihantar ke bank data untuk kegunaan pengeluaran amaran dan ramalan cuaca.

ii) Paparan data menunjukkan elemen cuaca yang telah dicerap oleh sensor yang telah diproses pada data logger di tapak Pencerapan.

iii) Lokasi Stesen Pencerapan Cuaca Automatik Utama


Solarimeter


Solarimeter adalah alat untuk mengukur sinaran matahari di permukaan bumi. Solarimeter diletakkan di atas permukaan yang rata di kawasan lapang supaya alat ini terdedah kepada spektrum sinaran elektromagnet yang datang dari matahari. Peranti pengukur mencerap sinaran matahari dengan radius 180° bermula dari terbit matahari hingga terbenam matahari.

Pada asasnya, solarimeter mengesan foton dari cahaya matahari. Terdapat dua kaedah pengukuran foton iaitu kaedah kimia dan fizikal. Bahan kimia seperti leucocyanide malachite, asid monochloroacetic atau kalium ferrioxalate biasa digunakan untuk pengukuran menggunakan kaedah kimia. Bagi pengukuran kaedah fizik pula, kaedah yang biasa digunakan adalah menggunakan konsep thermocouple. Konsep ini pada asasnya menukarkan tenaga haba yang diserap dari matahari kepada arus elektrik. Arus elektrik ini kemudian ditukar kepada bacaan Watt per meter persegi, W/m2.