Cuaca pada Khamis, 20/06/2019
N/A
Muadzam Shah
27°
Kuala Terengganu
N/A
Kerteh
26°
Senai
28°
Alor Star
29°
Butterworth
24°
Sibu
25°
Keningau
N/A
Kapit
N/A
Lubuk Merbau
N/A
Petaling Jaya
28°
Sitiawan
27°
Kuantan
24°
Sandakan
25°
Tawau
N/A
Sri Aman
27°
Kudat
26°
Miri
27°
Gong Kedak
N/A
Batu Embun
26°
Limbang
28°
Kota Bharu
N/A
Mersing
28°
Ipoh
27°
Kota Kinabalu
25°
Bintulu
27°
Kuala Krai
27°
Melaka
27°
KLIA
N/A
Cameron Highlands
27°
Pertanian Chuping
28°
Pulau Langkawi
N/A
Mulu
30°
Bayan Lepas
25°
Kuala Pilah
N/A
Temerloh
24°
Kuching
28°
Labuan
N/A
Batu Pahat
28°
Subang
N/A
Kluang

Mendapan Asid


Isu-isu persekitaran sejagat

Penipisan lapisan ozon di udara (lapisan stratosfera), perubahan iklim, pengasidan atmosfera, penggurunan, kepupusan pelbagai spesies penghidupan dan pencemaran marin merupakan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Mengapa ianya disebut isu persekitaran sejagat atau global? Ini kerana kesan dan kemusnahan bukan sahaja akan menjejaskan negara bermasalah, tetapi merebak ke negara jiran bahkan boleh mencapai skala global.

Masalah persekitaran adalah sesuatu yang kompleks. Contohnya, pembakaran bahan api akan melepaskan karbon dioksida yang menyumbang kepada pemanasan global. Pada masa yang sama, ia membebaskan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang menjadi penyumbang utama pemendapan berasid. Masalah ini mengakibatkan kemerosotan kualiti tanah, kepupusan hutan dan ancaman kepada hidupan liar. Seiring dengan penambahan populasi dunia, pengawalan pencemaran akan terus menjadi cabaran pada masa hadapan. Pembangunan negara menjadi semakin pesat, justeru sumber dan tenaga yang besar diperlukan untuk mempertingkatkan produktiviti negara bagi memenuhi permintaan semasa. Akibatnya banyak bahan buangan terhasil dan seterusnya menjadi penyebab utama kepada masalah persekitaran global.


Apakah itu pemendapan berasid

Sejarah pengasidan bermula sejak beberapa ratus juta tahun dahulu. Ketika itu, kehidupan zaman batu dan raksasa yang mati telah bertukar menjadi bahan api seperti arang batu, minyak dan gas asli. Sejak beberapa ratus tahun yang lalu, kita telah membakar khazanah bahan organik.

Apabila kita membakar minyak dan arang contohnya loji tenaga serta pelepasan dari ekzos kenderaan, kita membebaskan berjuta-juta tan sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin di samping mengalami perubahan kimia untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik yang mana akan dikembalikan ke bumi sebagai pemendapan berasid.

Pemendapan berasid merupakan satu istilah yang merangkumi sebarang bentuk kerpasan dengan komponen berasid. Cara bagaimana komponen-komponen berasid ini termendap ke tanah yang menentukan sama ada ia adalah mendapan basah atau kering. Mendapan basah dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid berlaku apabila sulfur dioksida (SO2) dan nitrogen oksida (NOX) yang dilepaskan ke atmosfera bertindakbalas dengan wap air untuk membentuk asid sulfurik dan nitrik, seterusnya jatuh ke bumi.

Manakala mendapan kering berlaku apabila campuran gas seperti sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan asid nitrik termendap ke apabila tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan, tanah dan bahan lain semasa ketiadaan lembapan.


Impak akibat pemendapan berasid

Terdapat beberapa sebab mengapa kita mempertimbangkan mendapan asid sebagai salah satu masalah persekitaran serius yang dihadapi oleh negara-negara maju dan negara sedang membangun pada masa sekarang. Bagaimana ia menjejaskan ekosistem kita? Di Eropah dan Amerika Utara, kesan-kesan persekitaran telah didokumenkan manakala di negara kita, kajian yang berfokuskan ekosistem tropika amat diperlukan. Mari kita lihat beberapa kesan-kesan pemendapan berasid.

Dalam proses pemendapan basah, asid sulfurik dan asid nitrik akan bergabung dengan wap air semasa pembentukan awan. Titisan-titisan ini akan terjatuh ke bumi dalam bentuk hujan dan salji. Hujan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan asid tinggi.

Manakala mendapan kering berlaku apabila campuran gas seperti sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan asid nitrik termendap ke apabila tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan, tanah dan bahan lain semasa ketiadaan lembapan.


Impak mendapan asid terhadap


Kesihatan Manusia

Dalam kes ekstrem, paras asid yang tinggi dalam udara boleh menyebabkan iritasi terhadap kulit dan mata. Tindakbalas kimia berlaku di antara asid dan alkali dalam proses pembentukan sebatian, apabila terhidu, boleh menjejaskan kesihatan. Salah satu daripada sebatian ini ialah ammonium sulfat yang banyak dihasilkan semasa aktiviti pembakaran. Apabila dihidu pada kepekatan yang tinggi, sebatian ini didapati merosakkan sistem respiratori pada mereka yang sensitif. Sifat higroskopik ammonium sulfat yang menyerap air dalam keadaan lembap mengakibatkan ketampakan rendah dan keadaan berjerebu.

Masalah utama air berasid ialah keterlarutan logam, samada dari tanah atau paip air. Di Sweden, perigi yang tercemar oleh air bawah tanah berasid didapati airnya menjadi lebih menghakis dan mengandungi tahap logam berbahaya yang tinggi terutamanya kuprum dan aluminium. Kesan terhadap kesihatan akibat meminum air berasid masih menjadi topik perdebatan oleh pakar-pakar. Bagaimanapun, meminum air yang mengandungi kuprum, besi, zink dan kadmium pada kadar yang tinggi dari paip terbukti membahayakan kesihatan.


Hidupan Akuatik

Pengasidan menjejaskan keseimbangan ekosistem dalam tasik dan sungai. Spesies akuatik, serangga, tumbuhan dan mikro-organisma yang sensitif terhadap perubahan besar tahap keasidan didapati populasinya berkurangan apabila nilai pH menurun. Akhirnya, spesies tersebut akan pupus dalam air berasid. Antara hidupan yang sensitif dan menjadi semakin pupus dalam air berasid adalah serangga, haiwan akuatik serta plankton, manakala katak dan kodok mengalami gangguan pembiakan. Sebaliknya, lumut dan alga berkembang maju dalam air berasid.

Beberapa jenis spesies ikan tidak tahan kepada perubahan mendadak keasidan manakala yang lain mati disebabkan keracunan aluminium. Selepas sungai dan tasik menjadi berasid di negara-negara Scandinavia, pelbagai spesies ikan termasuk salmon Atlantik dan trout telah pupus. Kejadian yang sama juga berlaku di Amerika Utara di mana salji yang mengandungi bahan-bahan berasid mencair pada musim bunga menyebabkan peningkatan keasidan air tasik dan sungai. Pada musim luruh, ikan salmon bertelur dan meninggalkan anak-anaknya untuk membesar sehingga musim berbunga. Kebanyakan anak ikan salmon mati akibat lebihan asid daripada saiji yang mencair.


Tanah & Hutan

Peningkatan pengasidan memusnahkan khazanah zat semulajadi dalam tanah dan membebaskan aluminium serta logam berat tertentu ke dalam air bawah tanah yang mana apabila diserap oleh tumbuhan akan menyebabkan kerosakan. Di kawasan tropika, pembakaran dan aktiviti pembersihan hutan sepanjang tahun membebaskan sulfur oksida dan nitrogen oksida ke dalam atmosfera. Walaupun kesan terhadap hutan tidak begitu ketara, namun pelepasan asid didapati meningkatkan tekstur tanah.

Kajian saintifik menunjukkan bahan pencemar udara, secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kerosakan hutan serantau. Tempoh kering dan dingin memberi kesan yang lebih buruk dan impak berkekalan ke atas pokok-pokok yang telah terdedah kepada pencemaran. Tahap kerosakan hutan di Eropah sangat membimbangkan. Contohnya, penggunaan arang batu yang mengandungi sulfur yang tinggi oleh loji janakuasa dan industri Black Triangle berdekatan sempadan Jerman, Czech dan Poland telah menyebabkan kerosakan yang ketara kepada hutan mereka. Fenomena yang sama juga diperhatikan di Chonqing, China.

Sulfur dioksida dilepaskan semasa proses penapisan logam seperti kuprum dan nikel, yang mana mengandungi paras sulfur yang tinggi. Pada masa dahulu, kepupusan hutan berlaku di Ashio, Jepun disebabkan oleh kepekatan sulfur dioksida yang tinggi hasil daripada penapisan kuprum. Kini boleh kita lihat kerosakan yang sama di beberapa tempat di dunia seperti kemusnahan hutan sekitar sepuluh kilometer berdekatan kilang penapisan logam Kora Peninsula, Rusia barat.


Bangunan & Harta Benda

Udara kotor boleh menyebabkan kerosakan yang tidak terhingga kepada bangunan-bangunan bersejarah kita. Sekiranya tahap pencemaran ini berterusan dan tidak dibendung dengan segera, kerosakan bangunan-bangunan bersejarah, arca, tugu peringatan dan artifak yang diperbuat daripada batu atau mamar akan berlaku dengan pantas. Sanggupkah kita melihat pertalian sejarah kita dimakan hari di depan mata kita?

Sulfur dioksida menjejaskan komposisi kulit, fabrik dan kertas menyebabkan kemerosotan mutu. Kadar tertinggi penghakisan struktur besi dan keluli berlaku di tapak-tapak industri tercemar. Ini menyebabkan kebanyakan industri memastikan bahawa setiap kenderaan baru yang dikeluarkan akan dicat lebih daripada dua lapis bagi mengelakkan kakisan pada dinding kereta.

Pernahkah anda melihat apa yang merupai isikel pada dinding dan cucur atap dari bangunan lama? Titisan hujan yang kotor menyusup masuk melalui pecahan dinding dan melarutkan kalsium di dalam konkrit sebelum meresap keluar melalui dindingnya. Ia bergabung dengan karbon dioksida dalam udara dan menghasilkan kalsium karbonat lalu membesar seperti isikel. Apabila diperhatikan isikel tersebut, titisan kekotoran dapat dilihat di atas permukaannya.


Pengukuran Pemendapan Berasid

Bagaimana kita menentukan samada kita ada masalah pengasidan? Tanda wujudnya masalah ini boleh ditentukan dengan membuat pengukuran keasidan air hujan. Walau bagaimanapun, penilaian yang lengkap diperlukan untuk menentukan sama ada pemendapan berasid tersebut disebabkan oleh mendapan kering atau basah.

Pelbagai alat dan teknik boleh digunakan untuk menentukan kandungan asid yang termendap di bumi. Alat-alat pengukuran keasidan merangkumi meter-meter yang ringkas dan mudah sehingga sistem yang canggih yang mengukur pada tahap ketepatan yang jitu. Begitu juga, teknik penilaian terdiri daripada kaedah mudah kepada penggunaan model komputer yang berupaya meramal senario akan datang.


Pengukuran Keasidan Air Hujan

Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya ia dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali.


Pengukuran hujan berasid bermula dengan pengumpulan air hujan. Pengumpulan dilakukan di lokasi terdedah, jauh dari bangunan dan pokok. Di kawasan bandar, lokasi tapak pengumpulan dielakkan berdekatan dengan kawasan pelepasan tempatan seperti kenderaan dan cerobong kilang. Semasa proses pengumpulan,sampel air hujan dipastikan tidak tercemar. Sentuhan tangan dielakkan. Bekas pengumpul harus dicuci sebersih-bersihnya dengan air tulen sebelum digunakan. Bekas kaca dan plastik diberikan keutamaan kerana ia tidak bertindakbalas dengan air hujan. pH air hujan boleh diukur samada dengan penunjuk pH dan dibanding dengan carta warna pH, atau meter pH.

Walaupun pH ialah penunjuk keasidan, hubungan antara nilai pH dan kepekatan asid agak kompleks memandangkan ianya tidak linear. Nilai pH bergantung kepada keseimbangan asid dan alkali dalam larutan. Pendekatan yang baik bagi memahami pengasidan air hujan ialah dengan menentukan kepekatan ion sulfat dan nitrat, iaitu satu pendekatan yang lebih menyeluruh. Alat automatik air hujan digunakan untuk mengumpul sampel air hujan. Maklumat jumlah air hujan, tempoh dan masa berlaku juga dicatatkan. Maklumat ini digunakan bersama dengan keputusan analisis kimia terhadap kehadiran ion dalam air hujan semasa penilaian bagi mendapan asid.


Pengukuran Ke Atas Pemendapan Kering

Kajian terhadap pemendapan kering agak kurang berbanding dengan pemendapan basah kerana sukar untuk menentukan kuantitinya. Walau bagaimanapun, ia sama penting dengan pemendapan basah.

Pensampelan pasif (passive sampler), pek penapis bertingkat (filter pack) atau alat penganalisa gas automatik boleh digunakan untuk mengukur kepekatan gas berasid seperti sulfur dioksida, nitrogen oksida serta gas-gas lain seperti ammonia yang menyumbangkan kepada proses pengasidan. Pak-pak penapis mudah dikendalikan dan boleh diguna dengan meluas samada di tapak pemonitoran bandar dan hutan terpencil. Walau bagaimanapun, penyediaan awal untuk penuras perlu dilakukan serta operasinya memerlukan sumber kuasa eletrik.

Pensampelan pasif tidak mahal dan tidak memerlukan penggunaan kuasa letrik. Kedua-dua kaedah memerlukan kemudahan makmal untuk menjalankan penganalisaan kimia. Disebaliknya, alat-alat penganalisaan aktif menunjukkan data yang selanjar, nilai masa nyata, kepekatan gas tetapi lebih sukar untuk diselenggarakan.


Pemendapan kering bagi aerosol berasid biasanya kurang penting berbanding dengan gas pemendapan kering memandangkan amaun pemendapan asid dalam aerosol sangat kurang berbanding dengan dalam bentuk gas. Sampel aerosol dikumpulkan pada penuras menggunakan alat low volume air sampler dan kemudiannya dianalisa untuk menentukan kepekatan asidnya.


Rangkaian pemantauan pemendapan berasid di Malaysia

Rangkaian Stesen Pemantauan Mendapan Asid merangkumi 22 buah stesen yang mana terdapat 17 stesen di Semenanjung Malaysia, 4 stesen di Sabah dan 2 stesen di Sarawak. Sampel-sampel air hujan yang dikumpul bersama sampel mendapan kering dianalisa untuk menentukan komposisi kimianya. Pemendapan basah dianalisa untuk kalsium, plumbum, mangan, ammonium, besi, fluorida, nikel, klorida, natrium, kuprum nitrat, magnesium, zink, sulfat, kalium, merkuri, konduktiviti, pH dan kandungan pepejal. Mendapan kering dianalisa untuk magnesium, kalsium, merkuri, kuprum, besi, mangan, nikel, plumbum, zink dan habuk.



Punca Hujan Berasid

Punca utama pencemaran udara terbahagi kepada dua iaitu punca-punca bergerak (kenderaan bermotor) dan punca-punca tetap (aktiviti perkilangan atau industri). Di samping itu, ianya juga berpunca dari aktiviti-aktiviti lain seperti pembakaran terbuka. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati pelepasan daripada kenderaan bermotor merupakan penyumbang utama diikuti dengan aktiviti perkilangan atau industri.


Pencegahan dan kawalan

Terdapat pelbagai cara boleh digunakan bagi menghadapi masalah pemendapan berasid. Kaedah penyelesaian yang terbaik adalah dengan menghadkan pelepasan pencemar-pencemar udara ke atmosfera. Pelepasan pencemar-pencemar ini boleh dikawal dengan menggunakan peraturan-peraturan, kaedah atau teknologi kawalan pencemar, perancangan alam sekitar dan sebagainya.

Pengawalan pelepasan yang berpunca daripada kegiatan industri biasanya dikawal dengan dua kaedah iaitu bagi aktiviti yang menggunakan petroleum, maka mereka akan menggunakan petroleum dengan kandungan sulfur rendah. Manakala satu lagi kaedah ialah dengan menggunakan peralatan yang dapat mengurangkan kandungan pencemar udara di dalam gas yang akan dilepaskan. Penggunaan sistem denitrifikasi dan nyahsulfur ini dapat mengurangkan pelepasan oksida nitrogen dan oksida sulfur.

Kawalan dari kenderaan juga dilakukan dengan cara mengawal pelepasan dari ekzos kenderaan. Kebanyakan kenderaan di seluruh dunia mula memasang pengubah bermangkin (catalytic converter) pada enjin kenderaan. Pemasangan pengubah bermangkin ini akan membolehkan sifat pencemar yang terhasil dari pembakaran bahanapi diubah sebelum ianya dilepaskan ke atmosfera.

Di samping penggunaan teknologi dan peralatan dalam pengawalan pencemaran udara, pihak kerajaan juga telah mengubal pelbagai undang-undang bagi mengawal pelepasan pencemaran udara. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 (Pindaan 1996), terdapat pelbagai peraturan bagi mengawal pelepasan pencemar udara seperti berikut.

  • Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978
  • Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996
  • Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996

Penentuan tahap pelepasan yang dibenarkan di dalam sesuatu peraturan biasanya mengambilkira dua prinsip utama seperti berikut.

  • Standard yang dihad bagi mencapai tahap pengurangan yang dikehendaki dengan andaian teknologi bagi kawalan pelepasan ini akan wujud di masa akan datang, dan

  • Mengambilkira teknologi sedia ada yang bersesuaian serta menentukan standard yang mana teknologi tersebut mampu lakukan.


Bagaimana kita boleh menjadikan alam sekitar bertambah baik?

  • Kurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Sekiranya tidak perlu, elakkan dari menggunakan tenaga. Penggunaan elektrik yang tidak cekap, bijak dan produktif akan membazirkan sumber-sumber seperti minyak, gas, arang batu dan lain-lain yang digunakan untuk menghasilkannya.

  • Pastikan kenderaan sentiasa berada di dalam keadaan baik dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang mengikut jadual. Sikap pemandu yang sentiasa menyelenggara kenderaan mereka agar tidak melepaskan asap berlebihan merupakan satu amalan penting. Di Malaysia kini mempunyai lebih 10 juta kenderaan yang berdaftar yang mana sekiranya setiap kenderaan dapat diselenggara dengan baik, maka pelepasan pencemar dari ekzos kenderaan dapat diminimakan. Kaedah pemanduan yang berhemat juga adalah perlu di mana kenderaan hanya memecut jika memerlukan. Seeloknya, gunakanlah perkhidmatan pengangkutan awam.

  • Jangan lakukan pembakaran terbuka sesuka hati. Setiap pembakaran yang dilakukan hendaklah diselenggara dengan baik dan terkawal. Sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa bagi mengetahui kesesuaian jika ingin melakukan pembakaran.

  • Mengamalkan sikap cintakan alam sekitar. Masyarakat hendaklah mengamalkan sikap menjaga kebersihan dangan tidak membuang sampah merata-rata, tidak kira di mana mereka berada. Sikap pentingkan diri sendiri hendaklah dikikis.

  • Banyak menanam pokok di sekitar kawasan rumah. Ini boleh mewujudkan suasana yang tenang dan secara tidak langsung akan dapat menyeimbangkan ekosistem.