Cuaca pada Khamis, 20/06/2019
N/A
Muadzam Shah
27°
Kuala Terengganu
N/A
Kerteh
26°
Senai
28°
Alor Star
29°
Butterworth
24°
Sibu
25°
Keningau
N/A
Kapit
N/A
Lubuk Merbau
N/A
Petaling Jaya
28°
Sitiawan
27°
Kuantan
24°
Sandakan
25°
Tawau
N/A
Sri Aman
27°
Kudat
26°
Miri
27°
Gong Kedak
N/A
Batu Embun
26°
Limbang
28°
Kota Bharu
N/A
Mersing
28°
Ipoh
27°
Kota Kinabalu
25°
Bintulu
27°
Kuala Krai
27°
Melaka
27°
KLIA
N/A
Cameron Highlands
27°
Pertanian Chuping
28°
Pulau Langkawi
N/A
Mulu
30°
Bayan Lepas
25°
Kuala Pilah
N/A
Temerloh
24°
Kuching
28°
Labuan
N/A
Batu Pahat
28°
Subang
N/A
Kluang

Indeks Ultra Ungu (UVI)

Semua orang terdedah kepada sinaran ultra ungu (UV) daripada matahari dan lain-lain sumber bukan semulajadi yang digunakan dalam industri, perdagangan dan rekreasi. Pancaran daripada matahari termasuklah cahaya, haba dan sinaran UV. Matahari ialah sumber sinaran UV yang paling kuat di alam sekitar kita. Jumlah sinaran yang kecil adalah perlu untuk penghasilan vitamin D dalam badan manusia. Walau bagaimanapun, apabila terdedah secara melampau, ia akan memberikan kesan buruk jangka pendek dan jangka panjang pada kulit, mata dan sistem imun kita.

Sinaran UV merupakan sebahagian daripada spektrum elektromagnetik (cahaya) yang sampai ke bumi dari matahari dengan gelombang yang lebih pendek berbanding spektrum tampak. Terdapat tiga rantau spektrum pada sinaran masuk UV. Ia diklasifikasikan sebagai UVA (320 - 400 nm), UVB (290 - 320 nm) dan UVC (100 – 280 nm). Gelombang rantau spektrum yang lebih pendek, UVC, boleh diabaikan pada permukaan bumi memandangkan ia paling diserap oleh ozon di stratosfera. Justeru itu, kandungan utama sinaran UV yang sampai ke permukaan bumi adalah UVA dan UVB, dengan jumlah yang lebih kecil.

Apabila cahaya matahari menembusi atmosfera bumi, kesemua UVC dan lebih kurang 90% UVB diserap oleh ozon, wap air, oksigen dan karbon dioksida. UVA amat kurang diserap oleh atmosfera. Oleh yang demikian, sinaran UV yang sampai ke permukaan Bumi kebanyakannya terdiri daripada UVA dan sejumlah kecil komponen UVB.

Paras sinaran UV dipengaruhi oleh:

Ketinggian Matahari

Semakin tinggi matahari di langit, semakin tinggi paras sinaran UV. Oleh itu, sinaran UV berubah dengan masa tertentu pada hari dan tahun tersebut.

Latitud

Semakin hampir dengan Khatulistiwa, semakin tinggi paras sinaran UV. Apabila menghampiri Khatulistiwa, jarak yang diperlukan untuk cahaya matahari menembusi atmosfera bumi semakin dekat, menyebabkan kurangnya penyerapan sinaran UV berlaku.

Altitud

Semakin tinggi altitud, semakin tinggi sinaran UV. Atmosfera yang nipis di altitud tinggi menyebabkan tidak banyak sinaran UV yang boleh diserap. Dengan setiap 1000 m peningkatan altitud, paras sinaran UV meningkat sebanyak lebih kurang 10%.


Litupan Awan

Sinaran UV paling tinggi parasnya ketika langit tidak berawan. Namun, litupan awan yang sedikit atau nipis tidak memberikan kesan signifikan dalam pengurangan dedahan, malahan boleh meningkatkan lagi paras sinaran disebabkan penyerakan (scattering).


Ozon

Ozon di stratosfera menyerap sebahagian sinaran UV dan selebihnya akan sampai ke permukaan Bumi. Paras ozon sentiasa berubah sepanjang tahun dan sepanjang hari.


Pantulan Permukaan Bumi

Sinaran UV dipantul (reflect) atau diserak (scatter) pada pelbagai takat oleh jenis permukaan yang berbeza. Contohnya, salji baru dapat memantulkan 80% sinaran UV, pasir pantai yang kering (15%) dan busa laut (25%).



Kenapa sinaran UV berbahaya?

Sinaran UV dalam kuantiti yang kecil dapat memberi manfaat kepada manusia dan ia diperlukan untuk menghasilkan vitamin D. Sinaran UV juga digunakan untuk merawat beberapa penyakit termasuklah riket, psoriasis, ekzema dan penyakit kuning (jaundice). Rawatan seperti ini dilakukan di bawah pengawasan perubatan. Sama ada ia memberi faedah kepada rawatan penyakit atau memberi risiko pendedahan kepada sinaran UV adalah satu pertimbangan klinikal.

Pendedahan kepada sinaran UV yang berpanjangan boleh menyebabkan kesan kesihatan yang akut dan kronik pada kulit, mata dan sistem imun. Kesan akut yang paling diketahui umum ialah selaran matahari (erythema). Dalam jangka masa yang lebih panjang, sinaran UV menyebabkan keradangan mata dan mendorong perubahan kemerosotan sel-sel kulit, tisu gentian dan saluran darah yang kemudiannya menyebabkan keadaan penuaan kulit pra-matang, ruam dan kulit bersisik.

Kesan kronik termasuk dua masalah kesihatan awam yang utama iaitu kanser kulit dan katarak. Antara 2 hingga 3 juta kes kanser kulit bukan melanoma dan dianggarkan 130,000 kes kanser kulit melanoma berlaku setiap tahun di seluruh dunia. Kanser kulit bukan melanoma boleh dirawat melalui pembedahan dan amat jarang melibatkan kematian. Namun, sebahagian besar kes melanoma malignan menyumbang kepada kadar kematian, terutamanya dalam populasi penduduk berkulit cerah.

Setiap tahun, lebih kurang 12 hingga 15 juta orang di seluruh dunia menjadi buta akibat katarak. Menurut anggaran WHO, sehingga 20% daripada kes ini adalah disebabkan atau ditingkatkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari, terutamanya di negara-negara berhampiran Khatulistiwa. Sinaran UV juga boleh merencatkan sistem imun dan meningkatkan risiko penyakit berjangkit serta mengehadkan keberkesanan pemvaksinan.

Kegemaran orang ramai untuk berjemur di tengah panas dan melakukan aktiviti-aktiviti luar yang terkenal selalunya menyebabkan mereka terdedah dengan sinaran UV berlebihan dan ini telah meningkatkan kadar penyakit kanser kulit dalam dekad kebelakangan ini. Ramai orang masih beranggapan bahawa kulit perang ialah simbol daya tarikan dan kesihatan yang baik.


Adakah orang berkulit gelap turut terjejas?

Salah anggapan yang lazim berlaku ialah menganggap orang berkulit cerah sahaja yang perlu mengelak daripada terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan. Kulit yang gelap mempunyai lebih banyak pigmen melanin yang memberi perlindungan, dan kanser kulit tidak banyak berlaku dalam kalangan mereka yang berkulit gelap. Namun begitu, kanser kulit masih boleh berlaku terhadap golongan ini dan malangnya ia kerap kali lambat dikesan sehingga tahap berbahaya. Risiko kesihatan berkaitan sinaran UV terhadap mata dan sistem imun pula tidak bergantung kepada jenis kulit.


Apakah Indeks UV Suria?

Indeks UV Suria (UVI) menerangkan tentang sinaran UV di permukaan Bumi. Nilai indeks tersebut mempunyai julat dari sifar ke atas – semakin tinggi nilai indeks, semakin besar potensi berlaku kerosakan pada kulit dan mata dan semakin cepat kesan tersebut boleh berlaku. UVI sentiasa berubah sepanjang hari. Ketika melaporkan UVI, penekanan diberikan kepada paras sinaran UV maksimum pada hari tersebut. Bagi MetMalaysia, UVI dilaporkan untuk setiap jam dari 11.00 pagi hingga 4.00 petang.


Kenapa kita memerlukan UVI?

UVI ialah kaedah yang penting untuk meningkatkan kesedaran awam tentang risiko pendedahan berlebihan kepada sinaran UV, dan untuk memberi peringatan kepada orang ramai tentang keperluan mengambil langkah-langkah perlindungan. Ini akan mengurangkan kesan berbahaya dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan. UVI disasarkan kepada golongan yang mudah terjejas dan terdedah kepada sinaran UV seperti kanak-kanak dan pelancong.


Bagaimana UVI dilaporkan?

Nilai UVI dibahagikan kepada beberapa kategori dedahan: