Piagam Pelanggan

Jabatan Meteorologi Malaysia berusaha memberikan perkhidmatan meteorologi dan geofizik yang berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan ekonomi dan keselamatan negara kita. Kami berjanji akan melaksanakan perkara-perkara yang berikut:-

  • Permohonan maklumat meteorologi, seismologi dan tsunami akan diberi maklumbalas dalam tempoh 1 hari bekerja dan dibekalkan dalam tempoh 5 hari bekerja.

  • Maklumat cuaca untuk penerbangan disediakan dalam tempoh 3 jam sebelum pelepasan.

  • Buletin Cuaca Bulanan akan diterbitkan dalam tempoh 10 hari bekerja pada setiap permulaan bulan berikutnya.

  • Ringkasan Pencerapan Cuaca Tahunan akan diterbitkan pada Februari tahun berikutnya.

  • Buletin Agrometeorologi 10 Hari akan diterbitkan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas setiap dekad.

  • Ramalan dan Analisis Agroklimatik Bulanan akan diterbitkan pada minggu kedua bulan berikutnya.

  • Permohonan untuk operasi pembenihan awan akan dilaksanakan dalam tempoh 10 hari bekerja.

  • Imej radar dan satelit di laman web akan dikemaskini setiap 30 minit.

  • Maklumat awal gempa bumi dan tsunami akan disebarkan kepada agensi-agensi relevan dan media massa dalam tempoh 8 minit daripada kejadian gempa bumi dikesan

Sebarang aduan berhubung dengan Piagam Pelanggan sila hubungi:

Ketua Pengarah,
Jabatan Meteorologi Malaysia,
Jalan Sultan,
46667 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

Tel         : 6(03)  7967 8000 
Faks      : 6(03)  7955 0964 
E-mel    : pengurusan_tertinggi@met.gov.my