Wawasan, Misi & Objektif

Wawasan

Menjadi antara pusat meteorologi, klimatologi dan geofizik yang terbaik di Asia menjelang 2020.

Misi

Memenuhi keperluan rakyat Malaysia dalam perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik untuk kesejahteraan hidup, keselamatan negara dan pembangunan sosio ekonomi lestari.

Objektif

Mempertingkatkan sistem perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik untuk:
 
  keselamatan dan kecekapan operasi di udara, darat,laut dan ketenteraan;
  homeland security (seperti pengurusan bencana alam, ancaman perubahan iklim, cuaca melampau, gempa bumi dan tsunami);
  keselamatan dan kesejahteraan orang awam; dan
  perancangan pembangunan sosio-ekonomi dan pengurusan alam sekitar
 
Meningkatkan sistem pencerapan, mewujud dan mengawal selia pangkalan data meteorologi, iklim, seismologi dan tsunami negara untuk memenuhi keperluan generasi kini dan akan datang.
Melindungi kepentingan negara di peringkat antarabangsa serta mempromosikan kefahaman dan kemajuan sains meteorologi, iklim, seismologi dan tsunami dalam negara.