| Ringkasan Hujan Bulanan Terkini |
| JUN 2017 Pendahuluan Negara kini berada dalam fasa Monsun Barat Daya yang telah bermula pada 17 Mei 2017 dan dijangka berterusan sehingga bulan September 2017. Ianya dicirikan dengan angin permukaan bertiup secara tetap dari arah barat daya di mana keadaan cuaca secara relatifnya adalah lebih kering berbanding musim-musim lain. Namun begitu, dari taburan hujan pada bulan Jun 2017 menunjukkan hujan lebih tertumpu di kawasan pendalaman di Malaysia. Melalui rekod-rekod bacaan suhu, jumlah sinaran suria dan kadar sejatan di Stesen-stesen Meteorologi Utama telah mencatatkan bacaan yang lebih tinggi berbanding dengan bacaan purata.
Hujan Sepanjang bulan Jun 2017, terdapat beberapa kawasan yang telah merekodkan jumlah hujan dibawah paras purata dan melebihi purata. Berdasarkan kepada skim klasifikasi nilai-nilai desil dan peratusan sisihan bulanan, 16 stesen telah merekodkan peratus sisihan pada nilai purata, 7 stesen mencatatkan peratus sisihan melebihi purata, 3 stesen sangat melebihi purata, 5 stesen kurang daripada purata dan 3 stesen sangat kurang daripada purata. Jumlah hujan tertinggi di Semenanjung telah direkodkan di Kuala Pilah (301.6 mm) dan jumlah hujan terendah adalah di Butterworth (57.2 mm). Di Sabah, hujan tertinggi dan terendah masing-masing direkodkan di Sandakan (436.6 mm) dan Kota Kinabalu (104.8 mm). Manakala di Sarawak pula, hujan tertinggi direkodkan di Limbang (307.2 mm) dan hujan terendah direkodkan di Sri Aman (121.4 mm). Bilangan hari hujan tertinggi di Semenanjung adalah sebanyak 21 hari di Cameron Highlands dan terendah sebanyak 9 hari di Butterworth dan Sitiawan. Di Sabah, bilangan hari hujan tertinggi direkodkan di Ranau sebanyak 25 hari dan terendah sebanyak 14 hari di Kudat. Di Sarawak pula, bilangan hari hujan tertinggi direkodkan di 3 bahagian iaitu di Kuching, Bintulu dan Limbang sebanyak 18 hari dan terendah di rekodkan di Sri Aman sebanyak 14 hari.
Hujan Bulanan
| |



