Halaman: 1  2  

Indeks Cuaca Risiko Kebakaran (FDRS) Malaysia


Malaysia


Semenanjung


Sabah & Sarawak


FDRS (Google Earth)


Kod Kandungan Kelembapan Bahan Bakar Halus (FFMC)

Nilai FFMC yang ditunjukkan pada peta adalah kadar numerikal bagi kandungan kelembapan litter dan juga bahan bakar halus yang lain. FFMC menunjukkan hubungan relatif kemudahan mula menyala dan kemudahan terbakar bahan bakar halus. Oleh sebab itu, FFMC digunakan sebagai pengukur keupayaan menyala atau keupayaan bila kebakaran bermula dan tersebar di sesuatu kawasan.

(Bahan Bakar Halus : Slash fuels, padang rumput, lalang, belukar dan sebagainya)

Skala yang digunakan untuk mengkategorikan FFMC adalah seperti berikut:

Kelas - Keupayaan
Menyala
Interpretasi
Rendah Kebarangkalian untuk berlaku kebakaran adalah rendah.
Sederhana

Kebarangkalian untuk berlaku kebakaran di kawasan yang mempunyai kekeringan setempat, adalah sederhana.

Tinggi Bahan bakar halus seperti rumput mudah menyala. Kebarangkalian untuk berlaku kebakaran adalah tinggi.
Melampau Bahan bakar halus seperti rumput sangat mudah menyala. Kebarangkalian untuk berlaku kebakaran adalah sangat tinggi.

 

Kod Kandungan Kelembapan DUFF (DMC)

 
 

Nilai DMC yang ditunjukkan pada peta adalah kadar numerikal purata kandungan kelembapan bagi lapisan organik permukaan yang tidak padat. Kod ini menunjukkan penggunaan bahan bakar organik di lapisan permukaan yang mempunyai ketumpatan yang rendah dan bahan berkayu yang bersaiz sederhana.

Skala yang digunakan untuk mengkategorikan DMC adalah seperti berikut:

Kelas - Keupayaan
Menyala
Interpretasi
Rendah Lapisan atas tanah organik adalah basah.
Sederhana Lapisan atas tanah organik adalah lembap.
Tinggi Lapisan atas tanah organik bertambah kering.
Melampau Lapisan atas tanah organik adalah kering.

 

Kod Kemarau (DC)


Malaysia


Semenanjung


Sabah & Sarawak


FDRS (Google Earth)

 

Nilai DC yang ditunjukkan pada peta adalah nilai penunjuk bagi kandungan kelembapan lapisan bahan organik yang padat dan dalam. Tanah gambut adalah antara contoh tanah organik yang padat dan dalam. DC digunakan sebagai penunjuk kepada keupayaan api untuk membara di tanah gambut yang mana ianya adalah penyebab utama kepada udara yang berasap dan berjerebu di Asia Tenggara. Ia juga boleh digunakan sebagai penunjuk kepada kepayahan untuk memadamkan kebakaran yang dalam di tanah gambut dan juga sebagai penunjuk amaran awal kepada keadaan jerebu yang serius.

Skala yang digunakan untuk mengkategorikan DC adalah seperti berikut:

Kelas - Keupayaan
Berasap
Interpretasi
Rendah Musim lembab yang biasa dan tiada kemungkinan untuk berlaku jerebu yang teruk. Memerlukan lebih daripada 30 hari yang kering bagi nilai DC mencapai nilai ambang di mana berkemungkinan besar jerebu yang teruk akan berlaku.
Sederhana Musim sederhana kering yang normal. Memerlukan di antara 15 hingga 30 hari yang kering, bagi nilai DC mencapai nilai ambang. Pembakaran hendaklah dikawal selia sebagaimana biasa.
Tinggi Keadaan kemuncak musim kering yang normal. Memerlukan di antara 5 hingga 15 hari yang kering bagi nilai DC mencapai nilai ambang. Semua pembakaran di tanah gambut perlulah dihadkan. Ramalan cuaca dan penilaian hujan bermusim perlu dipantau dengan teliti bagi tanda-tanda musim kering yang berpanjangan.
Melampau Menghampiri musim kemarau peringkat bahaya. Memerlukan kurang daripada 5 hari yang kering bagi mencapai nilai ambang di mana jerebu yang teruk berkemungkinan besar akan berlaku. Larangan kepada sebarang pembakaran perlulah dikuatkuasakan.

 
Halaman: 1  2