Kriteria Pengeluaran Amaran Hujan Lebat

Peringkat Amaran Kriteria

Waspada

Pemantauan menunjukkan hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) hari lagi 

ATAU

Hujan berterusan yang dijangka berlaku tetapi belum mencapai tahap hujan lebat berterusan.

Buruk

Dijangka mencapai tahap hujan lebat berterusan.

Bahaya

Dijangka mencapai tahap hujan lebat berterusan dengan jumlah hujan melebihi 240 mm/hari.

Takrifan: Hujan Lebat Berterusan - Hujan yang sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dengan jangkaan jumlah hujan terkumpul sekurang-kurangnya 60mm dalam tempoh tersebut.

 

Kriteria Pengeluaran Nasihat/Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora

Peringkat Amaran Kriteria Kesan Yang Boleh Berlaku

PERINGKAT PERTAMA

Angin kencang dengan kelajuan angin dari 40-50   kmsj   dan   laut   bergelora  dengan ketinggian  gelombang  sehingga  3.5  meter(11.5 kaki)

Lekukan  tropika/ribut  tropika  di  kesan  di tengah laut (lebih dari 400km atau 200 batu nautikal  dari  pantai)  membawa  angin kencang dan laut bergelora dengan ketinggian ombak seperti dinyatakan di atas
Berbahaya kepada bot-bot kecil
Berbahaya    kepada    semua    aktiviti rekreasi dan sukan laut

PERINGKAT KEDUA

Angin kencang dengan kelajuan angin dari 50-60   kmsj   dan   laut   bergelora   dengan ketinggian  gelombang  sehingga  4.5  meter (15.0 kaki)

Lekukan tropika/ribut tropika dikesan di tengah laut atau ZEE Malaysia dan intensitinya meningkat
Berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan termasuk perikanan dan perkhidmatan feri
Berbahaya kepada semua aktiviti pantai

PERINGKAT KETIGA

Angin kencang dengan kelajuan melebihi  60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian gelombang melebihi 4.5 meter (>15.0 kaki)

Ribut tropika/taufan menghala ke arah kawasan pantai Malaysia
Berbahaya    kepada    semua    aktiviti perkapalan
Berbahaya kepada pekerja pelantar minyak
Berbahaya kepada semua aktiviti pantai