Maklumat Iklim
 
Suhu
Suhu tertinggi pernah direkodkan 40.1°C Direkodkan di Chuping, Perlis pada 9 April 1998.
Suhu terendah pernah direkodkan 7.8°C 1 Februari 1978, direkodkan di Cameron Highlands pada paras tinggi 1471.6m dari Purata Paras Laut.
Perubahan suhu terendah dalam satu hari 0.3°C Direkodkan di Kuantan, Pahang pada 25 Disember 2012.
Perubahan suhu tertinggi dalam satu hari 19.1°C Direkodkan di Chuping, Perlis pada 4 Februari 2014.
 
Hujan
Hujan tertinggi dalam sejam 159.4 mm Direkodkan di Sandakan , Sabah pada 27 Oktober 2006.
Hujan tertinggi dalam sehari 608 mm Direkodkan di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Januari 1967.
Hujan tahunan tertinggi 5,687 mm Direkodkan di Sandakan, Sabah pada 2006.
Hujan tahunan terendah 1,151 mm Direkodkan di Tawau, Sabah pada 1997.
Purata hujan tahunan tertinggi 4,159 mm Direkodkan di Kuching, Sarawak.
Purata hujan tahunan terendah 1,787 mm Direkodkan di Sitiawan, Perak.
Bilangan hari hujan tertinggi 279 hari Direkodkan di Kuching, Sarawak.
 
Angin
Purata harian tertinggi kelajuan angin 3.8 m/s Direkodkan di Mersing, Johor.
Kelajuan angin maksima tertinggi 41.7m/s Direkodkan di Kuching, Sarawak pada 15 September 1992.
 
Kilat
Purata tahunan tertinggi bilangan hari yang mengalami kilat 316 hari Direkodkan di KLIA, Sepang
Bilangan hari tertinggi dalam setahun yang ada kilat 362 hari Direkodkan di Subang pada tahun 1987
 
Ribut Petir
Purata tahunan tertinggi bilangan hari yang mengalami ribut petir 211 hari Direkodkan di Subang.
Bilangan hari tertinggi dalam setahun yang ada ribut petir  269 hari Direkodkan di Subang pada tahun 1969
 
Analisa adalah berdasarkan rekod bagi 40 stesen kajicuaca utama bagi tempoh sehingga tahun 2015.