Halaman: 1  2  3  
Sistem Pencerapan Automatik (AWS)
 
Meteorological Station

Sistem AWS ( Automatic Weather System) terbahagi kepada dua iaitu sistem cuaca automatik utama dan sistem automatik auksiliari. Sistem cuaca automatik utama yang meliputi 43 buah stesen manakala sistem cuaca automatik auksiliari adalah sebanyak 221 buah stesen di seluruh Malaysia. Terdapat beberapa perbezaan antara sistem cuaca automatik utama dan sistem cuaca automatik auksiliari antaranya ialah perbezaan daripada sensor yang digunakan, keluasan tapak Pencerapan, kaedah Pencerapan dan juga susun atur sensor di tapak Pencerapan.

Sistem Cuaca Automatik Utama (Main Stations)

1. Sensor Pencerapan cuaca yang digunakan ialah:
  i.    Sensor mengukur laju angin (cup anamometer)
  ii.   Sensor mengukur arah angin (wind vane)
  iii.  Alat pengukuran suhu (PT100 & thermometer)
  iv.  Sensor mengukur tekanan (barometer)
  v.   Sensor menyukat hujan (tipping bucket)
  vi.  Sensor mengukur keamatan matahari (pyranometer)

 
Halaman: 1  2  3