Perakam Hujan
 
Terdapat pelbagai kaedah pencerapan hujan yang digunakan dalam sains meteorologi. Di Malaysia, dua kaedah digunakan untuk pencerapan hujan iaitu menggunakan alat konvensional dan peralatan automatik. Pencerapan hujan secara konvensional menggunakan tolok hujan (rain gauge). Tolok hujan konvensional berbentuk silinder berdiameter 5 inci dan berketinggian 18 inci. Pengumpulan dan bacaan hujan dibuat setiap hari secara manual.
 
      

Tipping Bucket

Untuk pencerapan secara automatik pula, terdapat beberapa jenis alat yang digunakan seperti tipping bucket dan weighing precipitation. Terdapat juga peralatan yang menggunakan teknologi laser untuk pencerapan hujan. Di Malaysia, tipping bucket digunakan secara meluas kerana harga yang berpatutan, data yang konsisten dan mudah untuk kalibrasi dilakukan. Pada asasnya, tipping bucket mempunyai corong penerima yang akan membawa air hujan kepada dua bekas. Terdapat dua bekas yang berkedudukan seperti jongkang jongket. Apabila bekas tersebut telah mengumpul sebanyak 0.2 mm air hujan, jisim air tersebut menyebabkan bekas tersebut tersendeng ke bawah dan mengosongkan ruangnya. Setiap kali bekas tersendeng ke bawah, ia akan menghantar isyarat elektrik dan ini membolehkan jumlah air hujan direkodkan mengikut masa. Maksimum air hujan yang dapat dikesan adalah sebanyak 200mm/jam.

Tolok Hujan Konvensional