Solarimeter

 

Solarimeter adalah alat untuk mengukur sinaran matahari di permukaan bumi. Solarimeter diletakkan di atas permukaan yang rata di kawasan lapang supaya alat ini terdedah kepada spektrum sinaran elektromagnet yang datang dari matahari. Peranti pengukur mencerap sinaran matahari dengan radius 180° bermula dari terbit matahari hingga terbenam matahari.
Pada asasnya, solarimeter mengesan foton dari cahaya matahari. Terdapat dua kaedah pengukuran foton iaitu kaedah kimia dan fizikal. Bahan kimia seperti leucocyanide malachite, asid monochloroacetic atau kalium ferrioxalate biasa digunakan untuk pengukuran menggunakan kaedah kimia. Bagi pengukuran kaedah fizik pula, kaedah yang biasa digunakan adalah menggunakan konsep thermocouple. Konsep ini pada asasnya menukarkan tenaga haba yang diserap dari matahari kepada arus elektrik. Arus elektrik ini kemudian ditukar kepada bacaan Watt per meter persegi, W/m2