Penunjuk Arah dan Kelajuan Angin
 

Arah angin ditentukan mengikut arah tiupan angin. Ia dipaparkan dalam bentuk darjah yang diukur mengikut arah jam dari utara. Penunjuk arah angin (wind vane) digunakan untuk menunjukkan atau merekodkan arah angin permukaan. Peralatan yang digunakan untuk mengukur kelajuan angin dipanggil anemometers, alat yang paling biasa digunakan adalah cup anemometer. Ia dibentuk daripada tiga cup secara hemisferik. Perbezaan tekanan angin di antara cup akan menyebabkan cup tersebut berpusing. Kadar pusingan adalah berkadar langsung dengan kelajuan angin. Kelajuan angin diukur dalam unit meter per saat atau knot. Keadaan tenang (calm) dilaporkan apabila kelajuan angin adalah kurang daripada 0.5 meter per saat atau kurang dari satu knot.