Halaman: 1  2  
Soalan Lazim

3.0 Data-data Iklim

a)  Di manakah data-data iklim boleh diperolehi?

     Data-data iklim boleh diperolehi dari Pusat Iklim Nasional, Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia.

b)  Bagaimanakah cara-cara untuk memohon data-data iklim?

     Data-data iklim boleh dipohon secara atas talian melalui pautan "Permohonan Data & Maklumat" dalam laman web atau mengunjungi ke kaunter di Tingkat 3, Pusat Iklim Nasional, Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia.

c)  Berapakah tempoh masa yang diambil untuk proses pembekalan data selepas permohonan dibuat?

     Sebutharga akan dikeluarkan dalam masa 3 - 5 hari waktu bekerja. Data-data iklim yang dipohon akan dibekalkan dalam masa 1 hari waktu bekerja setelah pembayaran diterima.

d)  Apakah jenis data-data iklim yang boleh dipohon dari MMD?

     Data-data iklim yang boleh dipohon adalah seperti data setiap jam, data harian, data bulanan, ringkasan data, data nilai tambah, data udara atas dan peta kilat. Manakala, parameter yang boleh dibekalkan adalah seperti data hujan, data suhu, data kelembapan bandingan, data angin, data sinaran suria, data awan, data ketampakan, data mean sea level pressure (MSLP) dan data udara atas.

e)  Apakah cara pembayaran data iklim yang dipohon?

     Cara pembayaran akan dinyatakan dalam sebutharga yang dikeluarkan. Pembayaran boleh dilakukan melalui bank draft atau kiriman wang pos yang berpalang di atas nama KETUA PENGARAH, JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA. Pembayaran juga boleh dibuat secara wang tunai di Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia atau perbankan atas talian (Maybank2u atau CIMB Clicks).

f)  Bolehkah data-data iklim dipohon di Pejabat Meteorologi Negeri?

     Data-data iklim hanya boleh dipohon di Pusat Iklim Nasional, Ibu Pejabat Jabatan Meterologi Malaysia.

g)  Bilakah waktu urusan pembelian data melalui kaunter?

     

f)  Bagaimana untuk mengemukakan pertanyaan tentang urusan pembelian data?

     Pertanyaan boleh dikemukakan melalui emel klim@met.gov.my

4.0 Sains Atmosfera

a)  Bagaimanakah cara-cara untuk memohon data-data kualiti udara?

     Data-data kualiti udara boleh dipohon secara atas talian (online) di laman web http://www.met.gov.my atau mengunjungi kaunter di Tingkat 7, Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.

b)  Apakah jenis data-data kualiti udara yang boleh dipohon dari MMD?

     Data kualiti udara yang boleh dimohon adalah seperti data aerosol, kandungan kimia air hujan, kandungan kimia pemendapan kering, data ketumpatan gas, data profil ozon, data turus total ozon, sinaran Ultra-Ungu (UVB) dan ringkasan profil data tahunan ozon.

Halaman: 1  2