Ozon

Ozon merupakan gas reaktif yang dijumpai dalam kuantiti yang kecil di atmosfera. Purata kepekatannya boleh berubah-ubah dari beberapa ke ratusan bahagian per bilion (parts per bilion (ppb)) bergantung kepada lokasi dan altitud. Di lapisan permukaan, ozon dianggap sebagai pencemar sekunder yang menyebabkan episod pengoksidaan seperti jerebu dan kabut. Di stratosfera, lapisan ozon mengurangkan radiasi ultraviolet berbahaya yang sampai di permukaan bumi. Dalam skala global, ozon adalah gas rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global.

Secara global, kesan daripada pembangunan pesat telah menyebabkan kepekatan ozon sepanjang atmosfera menegak terjejas. Tahap ozon permukaan adalah meningkat manakala ozon di stratosfera telah berkurang. Bagi memonitor dan mengukur perubahan ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah memulakan pemantauan ozon pada tahun 1992 di ibu pejabat JMM di Petaling Jaya. Program pemantauan ozon oleh JMM termasukah pemantauan profil ozon menegak dan kolum ozon total di atmosphere.

Profil Ozon Menegak

Profil ozon menegak diukur dengan melepaskan sonar ozon (ozonesonde) yang dipasang kepada belon ke atmosfera atas. Isyarat dihantar dari sonar ozon diterima oleh stesen di bumi. Isyarat bunyi bulanan diperolehi menunjukkan puncak tajam pekatan ozon dalam stratosfera sekitar 27 kilometer.   

Ozone Profile

 
 

Kolum Ozon Total

Pemerhatian kolum ozon total dilakukan dengan menggunakan Brewer Ozone Spectrophotometer yang mengukur kekuatan relatif sepasang cahaya terpilih berjarak gelombang sinar lembayung yang muncul dari matahari dan langit zenit bagi menentukan jumlah ozon di dalam kolum atmosfera. Nilai ozon total diukur pada tahun 2013 berubah-ubah antara 232 ke 287 unit Dobson.

Total Column Ozone

Untuk maklumat lebih lanjut, sila masuk ke Lapisan Ozon.