Kualiti Udara Bulanan

ZARAH TERAMPAI (PM-10)

Zarah terampai PM-10 merupakan sebahagian daripada Jumlah Zarah Terampai (TSP) yang mempunyai diameter aerodinamik 10 mikron atau kurang. Partikel-partikel (zarah terampai) ini disukat dalam udara menggunakan sistem Tapered Element Oscillating Microbalance (TEOM). Pemonitoran PM-10 ini dijalankan di tujuh stesen di bawah Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu di Petaling Jaya, Tanah Rata (Cameron Highlands), Kuching, Kuantan, Senai, Bayan Lepas dan Kota Kinabalu. Purata bacaan harian PM-10 yang telah ditetapkan dalam Panduan Piawaian Kualiti Udara Persekitaran Malaysia adalah tidak melebihi 150.0 µg/m3 yang bermaksud bacaan purata PM-10 melebihi 150.0 µg/m3 dalam tempoh 24 jam adalah tidak sihat kepada manusia. Laporan di bawah merumuskan hasil pemantauan kepekatan PM-10 yang telah direkodkan di lima stesen terpilih bagi bulan Februari 2017.