Melompat ke Kandungan
1Akses
English
Besarkan saiz font Set semula saiz font Kurangkan saiz font

BULETIN CUACA BULANAN

OGOS 2016

Pendahuluan

Malaysia masih lagi berada di dalam tempoh Monsun Barat Daya di mana secara amnya angin permukaan bertiup tetap dari arah barat daya. Semasa tempoh ini, keadaan atmosfera secara relatifnya adalah lebih stabil dan kebanyakan kawasan di seluruh negara akan mengalami lebih banyak hari tanpa hujan dan seterusnya akan menjurus kepada keadaan cuaca yang lebih kering.

Suhu permukaan laut di kawasan tropika timur Lautan Pasifik menunjukkan kini memasuki keadaan ENSO-neutral. Kebanyakan model-model iklim antarabangsa menjangkakan keadaan La Niña lemah antara Ogos dan Oktober 2016 dengan kebarangkalian adalah sekitar  55% hingga 60%.

Hujan

Kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan jumlah di bawah paras purata dengan amaun hujan dari 50.0 hingga 100.0 mm. Walau bagaimanapun, terdapat satu dua kawasan di Kedah, Perak, Pahang dan Terengganu yang merekodkan jumlah hujan atas paras purata dengan taburan hujan dari 150.0 hingga 300.0 mm.  Gong Kedak telah mencatatkan jumlah hari hujan tertinggi iaitu sebanyak 18 hari manakala Muadzam Shah merekodkan bilangan hari hujan terendah iaitu 5 hari. Pada bulan ini, taburan hujan adalah sekata di seluruh Semenanjung Malaysia dengan bilangan hari hujan yang lebih banyak pada minggu kedua dan keempat.

Bagi negeri Sabah dan Sarawak pula, hampir kesemua bahagian telah menerima hujan terkumpul di bawah paras purata antara 50.0 mm hingga 150.0 mm kecuali di bahagian Kuching, Sibu dan Sandakan di mana hujan terkumpul adalah lebih 20% dari paras purata dengan taburan hujan terkumpul dari 300.0 hingga 350.00 mm. Sibu telah mencatatkan jumlah hujan bulanan tertinggi iaitu 399.0 mm dan hujan harian tertinggi pula sebanyak 129.4 mm. Keningau pula telah merekodkan jumlah hujan bulanan terendah iaitu sebanyak 29.6 mm. Kuching telah merekodkan jumlah hari hujan tertinggi iaitu sebanyak 19 hari manakala Kudat dan Labuan mencatatkan jumlah hari hujan terendah iaitu sebanyak 10 hari.

Skema kasifikasi nilai desil hujan dan peratusan sisihan daripada purata bulanan bagi Ogos 2016 menunjukkan 17 buah stesen merekodkan peratus sisihan pada paras purata, 5 stesen merekodkan peratus melebihi paras purata, 2 stesen yang lain merekodkan hujan sangat melebihi purata, 11 stesen merekodkan kurang di bawah purata dan 3 stesen lain sangat kurang daripada purata.

Suhu

Kesemua stesen di Malaysia merekodkan suhu lebih tinggi berbanding suhu purata. Bagi kawasan tanah rendah, bacaan suhu maksimum tertinggi telah dicatatkan di Mersing iaitu 36.5°C. Manakala suhu minimum terendah telah direkodkan di Ranau 18.5°C. Bagi kawasan tanah tinggi, julat suhu yang direkodkan di Cameron Highlands adalah di antara 14.9°C dan 24.9°C.

Sinaran Suria

Di kawasan tanah rendah, julat purata sinaran suria harian adalah dari 16.22 MJm-2 iaitu di Senai dan 19.75 MJm-2 di Kuala Krai. Purata sinaran suria yang direkodkan di Cameron Highlands adalah 16.19 MJm-2. Sisihan positif terbesar dari normal ialah +3.71 MJm-2 yang direkodkan di Melaka manakala Ipoh mencatatkan sisihan positif terkecil dari normal iaitu +0.05 MJm-2.

Di negeri Sabah dan Sarawak, julat purata sinaran suria harian adalah dari 8.47 MJm-2 iaitu di Keningau dan 21.08 MJm-2 di Kota Kinabalu.

Sejatan

Purata kadar sejatan harian bagi kawasan tanah rendah adalah direkodkan berjulat 3.2 mm/hari di Bayan Lepas dan 5.4 mm/hari di Sandakan. Sisihan positif terbesar daripada purata ialah +1.7 mm/hari telah direkodkan di Chuping dan sisihan positif terkecil ialah 0.0mm/hari telah direkodkan di Sitiawan dan Kudat. Sementara itu, kadar sejatan harian direkodkan di Cameron Highlands ialah 2.6 mm/hari dengan sisihan dari purata sebanyak 0.7 mm/hari.

Rajah :

RAJAH 1   : Jumlah Hujan Bulanan

RAJAH 2a : Purata Suhu Bulanan

RAJAH 2b : Purata Suhu Maksima Bulanan

RAJAH 2c : Purata Suhu Minimum Bulanan