Melompat ke Kandungan
1Akses
English
Besarkan saiz font Set semula saiz font Kurangkan saiz font

BULETIN CUACA BULANAN

OKTOBER 2016

 

PENDAHULUAN

Pada amnya negara berada dalam fasa intermonsoon pada Oktober 2016. Kebiasaannya, pada tempoh ini negara akan mmengalami kejadian hujan dan ribut petir terutamanya pada awal lewat petang terutamanya di negeri-negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia. Kebanyakan kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak menerima taburan hujan di paras purata. Sementara itu, rekod bacaan suhu, jumlah sinaran suria dan kadar sejatan di di Malaysia telah mencatatkan bacaan yang lebih tinggi berbanding dengan bacaan purata pada bulan Oktober.

 

HUJAN

Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan kawasan telah merekodkan bacaan hujan di paras normal pada bulan Oktober 2016 yang lalu. Walau bagaimanapun, Butterworth telah mencatatkan jumlah hujan bulanan melebihi purata dengan jumlah hujan sebanyak 540 mm dan 28 hari bilangan hujan. Sementara itu, Temerloh, Kluang, Ipoh dan Kuala Pilah telah mencatatkan hujan di bawah paras purata di mana Kuala Pilah telah merekodkan jumlah hujan terendah dengan catatan sebanyak 25.2 mm. Secara umumnya, taburan hujan adalah normal sepanjang bulan ini.

Di Sabah dan Sarawak pula, kebanyakan kawasan telah menerima taburan hujan pada paras purata pada bulan Oktober. Bahagian Bintulu di Sarawak dan Sandakan di Sabah masing-masing didapati telah menerima jumlah hujan sebanyak 478mm dan 362mm, iaitu jumlah hujan yang tertinggi direkodkan di kedua-dua negeri. Sementara itu Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan jumlah hujan sebanyak 371.0mm. Secara umumnya, taburan hujan adalah normal sepanjang bulan ini.

Dari segi bilangan hari hujan, hari hujan yang terbanyak telah direkodkan di Stesen Meteorologi Butterworth sebanyak 28 hari untuk Semenanjung, Stesen Meteorologi Kuching di Sarawak sebanyak 25 hari dan Stesen Meteorologi Tawau sebanyak 24 hari untuk Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bilangan hari hujan yang paling sedikit pula dicatatkan di Stesen Meteorologi Kuala Pilah iaitu 9 hari di Semenanjung, 17 hari hujan di Stesen Meteorologi Miri untuk Negeri Sarawak dan 13 hari hujan di Stesen Meteorologi Ranau untuk Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Berdasarkan skema klasifikasi nilai desil hujan dan peratusan sisihan daripada purata bulanan, didapati 1 stesen merekodkan jumlah hujan yang sangat melebihi purata, 2 buah stesen melebihi purata, 29 buah stesen menyamai purata, 3 stesen kurang daripada purata dan 3 stesen sangat kurang daripada purata.

 

SUHU

Kebanyakan Stesen Meteorologi Utama di seluruh Malaysia telah mencatatkan bacaan suhu yang lebih tinggi daripada paras purata. Julat purata suhu bulanan di kawasan tanah rendah adalah dari 24.8?C seperti yang direkodkan di Stesen Meteorologi Ranau hingga 28.7?C yang direkodkan di Stesen Meteorologi Petaling Jaya. Sisihan positif terbesar telah direkodkan di Stesen Meteorologi Melaka iaitu +1.5°C.  Purata suhu minimum pula adalah berjulat dari 20.7?C hingga 25.4?C dengan bacaan suhu minimum terendah adalah 17.9°C yang dicatatkan di Stesen Meteorologi Petaling Jaya. Manakala purata suhu maksimum berjulat dari 30.3?C hingga 34.1?C dengan suhu maksimum tertinggi dicatatkan di Stesen Meteorologi Temerloh dan Kapit dengan bacaan 36.4?C. 

Stesen Meteorologi Cameron Highlands yang merupakan satu-satunya stesen pencerapan di kawasan tanah tinggi telah merekodkan bacaan suhu berjulat dari 16.2?C hingga 21.3?C dengan suhu purata 18.0?C.

 

SINARAN SURIA

Julat purata sinaran suria harian di kawasan tanah rendah ialah dari 10.77 MJm-2 yang direkodkan di Stesen Meteorologi Keningau hingga 20.54 MJm-2  yang direkodkan di Stesen Meteorologi Kapit. Sebanyak 16 stesen meteorologi telah merekodkan jumlah sinaran suria yang lebih tinggi berbanding normal. Purata sinaran suria yang direkodkan di Stesen Meteorologi Cameron Highlands adalah 12.46  MJm-2 . Sisihan positif terbesar dari normal ialah +3.71 MJm-2   yang direkodkan di Stesen Meteorologi Melaka manakala sisihan negatif terbesar dari normal ialah -0.92 MJm-2   yang direkodkan di Stesen Meteorologi Bayan Lepas.

 

SEJATAN

Purata kadar sejatan harian bagi kawasan tanah rendah adalah berjulat dari 3.0 mm/hari yang direkodkan di Stesen Meteorologi Bayan Lepas hingga 5.2 mm/hari yang telah direkodkan di Stesen Meteorologi KLIA Sepang. Sisihan positif terbesar dari normal telah direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping dan KLIA Sepang iaitu +1.0 mm/hari. Sementara itu, purata kadar sejatan harian direkodkan di Stesen Meteorologi Cameron Highlands ialah 1.9 mm/hari. 

 

Rajah :

RAJAH 1   : Jumlah Hujan Bulanan

RAJAH 2a : Purata Suhu Bulanan

RAJAH 2b : Purata Suhu Maksima Bulanan

RAJAH 2c : Purata Suhu Minimum Bulanan