Melompat ke Kandungan
1Akses
English
Besarkan saiz font Set semula saiz font Kurangkan saiz font

BULETIN CUACA BULANAN

MAC 2017

Pengenalan

Bulan Mac adalah penghujung Monsun Timur Laut.  Pada bulan Mac ini, negara telah mencatatkan taburan hujan pada paras purata sehingga sedikit melebihi purata. Kebanyakan tempat juga merekodkan suhu lebih tinggi berbanding purata dengan nilai sinaran suria yang normal. Walau bagaimanapun, kadar sejatan yang direkodkan adalah sedikit rendah berbanding purata.   

 

Hujan

Secara amnya, kebanyakan kawasan di seluruh negara telah menerima jumlah hujan antara paras purata sehingga sedikit melebihi purata. Berdasarkan kepada skim klasifikasi nilai-nilai decile dan peratusan sisihan, 17 stesen telah merekodkan nilai purata, 5 stesen merekodkan nilai sangat melebihi purata. Satu stesen merekodkan jumlah hujan di bawah purata dan satu stesen merekodkan hujan sangat di bawah paras purata.

Taburan hujan tertinggi pada Mac 2017 di Semenanjung Malaysia, telah direkodkan di Cameron Highlands adalah 320.8mm. Sementara itu, Bintulu dan Sandakan merekodkan 505.6mm dan 397.6mm jumlah hujan masing-masing, iaitu nilai tertinggi jumlah hujan di Sabah dan Sarawak. Rekod tertinggi bilangan hari hujan di seluruh Semenanjung Malaysia ialah 24 hari di Cameron Highlands manakala yang terendah adalah Kuala Terengganu dengan hanya sebanyak 6 hari hujan. Bilangan hari hujan tertinggi yang telah direkodkan di Sabah dan Sarawak ialah di Kapit dengan 25 hari hujan manakala terendah telah direkodkan adalah di Kota Kinabalu dengan 10 hari hujan.

 Di Semenanjung Malaysia, taburan hujan yang diterima pada bulan Mac 2017 adalah agak tidak seragam. Jumlah hujan lebih banyak direkodkan selepas pertengahan bulan kecuali beberapa tempat di  pantai timur semenanjung yang direkodkan pada minggu terakhir bulan. Walau bagaimanapun, di Sabah dan Sarawak, taburan hujan adalah seragam kecuali beberapa tempat di Sabah tidak menerima hujan semasa minggu pertama bulan ini.

Secara keseluruhannya, di Semenanjung Malaysia, taburan hujan lebih tertumpu di kawasan tengah dan selatan. Manakala di Sabah dan Sarawak, Sabah telah menerima lebih banyak hujan berbanding di Sarawak. 

Suhu

Secara amnya, suhu negara yang direkodkan semasa Mac ini adalah antara 22.1°C hingga 34.2°C. Di kawasan tanah rendah, suhu tertinggi yang direkodkan adalah 35.9°C di Alor Setar, manakala suhu yang terendah adalah 19.8°C seperti yang direkodkan di Ranau. Sementara itu, suhu bagi kawasan tanah tinggi yang diwakili oleh Cameron Highlands, suhu terendah adalah 14.3°C dan suhu tertinggi adalah 24.8°C.  

Sinaran Suria

Purata harian sinaran suria yang direkodkan di kawasan tanah rendah adalah antara 22.78 MJm-2  seperti yang direkodkan di Kuala Terengganu dan 9.51 MJm-2 yang direkodkan di Keningau. Sementara Cameron Highlands mencatatkan jumlah sinaran suria sebanyak 14.93 MJm-2. Sisihan piawai positif terbesar adalah +1.95 MJm-2 direkodkan di Kuala Terengganu dan nilai sisihan piawai negatif terkecil adalah -1.84 direkodkan di Bayan Lepas.

 

Sejatan

Kadar purata sejatan harian yang direkodkan di kawasan tanah rendah adalah dari 3.0 mm/hari seperti yang direkodkan di Sri Aman hingga 5.3 mm/hari yang direkodkan di KLIA Sepang. Sisihan piawai positif terbesar ialah +0.6 mm/hari direkodkan di KLIA Sepang dan nilai sisihan negatif terkecil adalah -1.3 mm/hari direkodkan di Melaka. Cameron Highlands merekodkan kadar purata sejatan sebanyak 1.7 mm/hari.

 

Rajah :

RAJAH 1   : Jumlah Hujan Bulanan

RAJAH 2a : Purata Suhu Bulanan

RAJAH 2b : Purata Suhu Maksima Bulanan

RAJAH 2c : Purata Suhu Minimum Bulanan