PRESS RELEASE
No press statement
Weather on Saturday, 20/08/2022
25°
Muadzam Shah
25°
L.T. Kuala Trengganu
25°
Kerteh
25°
Johore Bharu/Senai
26°
L.T. Alor Star
26°
TUDM Butterworth
23°
Sibu
22°
Keningau
24°
Kapit
24°
Lubuk Merbau
28°
Petaling Jaya
25°
Sitiawan
26°
L.T. Kuantan
26°
Sandakan
24°
L.T. Tawau
23°
Sri Aman
27°
Kudat
24°
L.T. Miri
25°
TUDM Gong Kedak
25°
Batu Embun
23°
Limbang
26°
L.T. Kota Bharu
25°
Mersing
27°
L.T. Ipoh
23°
Kota Kinabalu
25°
Bintulu
24°
Kuala Krai
26°
L.T. Melaka
26°
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT (KLIA)
17°
Cameron Highlands
25°
Pertanian Chuping
26°
L.T.A. Pulau Langkawi
22°
Mulu
28°
L.T.A. Bayan Lepas
24°
Kuala Pilah
26°
Temerloh
25°
Kuching
25°
Labuan
26°
Batu Pahat
26°
Kuala Lumpur/Subang
25°
Kluang

Soalan Lazim



1. Apakah akronim atau singkatan nama bagi Jabatan Meteorologi Malaysia?

Nama singkatan atau akronim rasmi bagi Jabatan Meteorologi Malaysia ialah MET Malaysia.


2. Bagaimanakah cara untuk menghubungi Ibu Pejabat MET Malaysia dan Pejabat Meteorologi Negeri?

Alamat, nombor telefon dan nombor faksimili bagi Ibu Pejabat MET Malaysia dan Pejabat-Pejabat Meteorologi Negeri seluruh Malaysia boleh didapati di pautan Hubungi Kami pada laman web ini.


3. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan ramalan cuaca terkini yang dikeluarkan selain dari laman web rasmi MET Malaysia?

Selain daripada media cetak dan elektronik, pengguna mudah alih iOS dan Android boleh memuat turun aplikasi mudah alih myCuaca bagi mendapatkan maklumat ramalan cuaca terkini. Pada masa yang sama, siaran laporan cuaca akan ke udara sebanyak tiga (3) kali sehari melalui saluran RTM1 semasa rancangan Selamat Pagi Malaysia pada jam 9.00 pagi, Berita Nasional 5 pada jam 5.00 petang dan Berita Nasional 8 pada jam 8.00 malam.


4. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat meteorologi bagi tujuan penerbitan awam/ maklumat bidang kewartawanan?

Sila berhubung dengan pegawai di Unit Komunikasi Korporat melalui emel ukk@met.gov.my bagi tujuan tersebut.


5. Apakah prosedur permohonan untuk mendapatkan data dan maklumat meteorologi serta berapakah caj yang akan dikenakan ke atasnya?

Permohonan data dan maklumat meteorologi boleh dikemukakan melalui emel klim@met.gov.my dan rujuk dokumen Jadual Akta Fi untuk mengetahui caj data.


1. Di manakah data-data cuaca boleh diperolehi?

Sila berhubung dengan pegawai di Unit Komunikasi Korporat melalui emel ukk@met.gov.my bagi tujuan tersebut.


1. Di manakah data-data berkaitan gempa bumi & tsunami boleh diperolehi?

Data-data berkaitan gempa bumi & tsunami boleh diperolehi dari Bahagian Geofizik & Tsunami, Tingkat 4, Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.


1. Di manakah data-data iklim boleh diperolehi?

Data-data iklim boleh diperolehi dari Pusat Iklim Nasional, Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.


2. Bagaimanakah cara-cara untuk memohon data-data iklim?

Permohonan data-data iklim hendaklah dikemukakan melalui emel kepada klim@met.gov.my atau mengunjungi kaunter di Tingkat 3, Pusat Iklim Nasional, Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.


3. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk proses pembekalan data selepas permohonan dibuat?

Sebutharga akan dikeluarkan dalam masa 3 - 5 hari waktu bekerja. Data-data iklim yang dipohon akan dibekalkan dalam masa 1 hari waktu bekerja setelah pembayaran diterima.


4. Apakah jenis data-data iklim yang boleh dipohon dari MetMalaysia?

Data-data iklim yang boleh dipohon adalah seperti data setiap jam, data harian, data bulanan, ringkasan data, data nilai tambah, data udara atas dan peta kilat. Manakala, parameter yang boleh dibekalkan adalah seperti data hujan, data suhu, data kelembapan bandingan, data angin, data sinaran suria, data awan, data ketampakan, data mean sea level pressure (MSLP) dan data udara atas.


5. Apakah cara pembayaran data iklim yang dipohon?

Sila berhubung dengan pegawai di Unit Komunikasi Korporat melalui emel ukk@met.gov.my bagi tujuan tersebut.


6. Bolehkah data-data iklim dipohon daripada Pejabat Meteorologi Negeri?

Data-data iklim hanya boleh dipohon di Pusat Iklim Nasional, Tingkat 3, Ibu Pejabat Jabatan Meterologi Malaysia.


7. Bilakah waktu urusan pembelian data melalui kaunter?

Isnin – Khamis : 8:00 pagi – 1:00 petang
2:00 petang – 4:00 petang
Jumaat : 8:00 pagi – 12:00 tgh hari
3:00 petang – 4:00 petang

1. Bagaimanakah cara-cara untuk memohon data-data kualiti udara?

Data-data kualiti udara boleh dipohon melalui emel ukk@met.gov.my atau mengunjungi kaunter di Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Tingkat 7, Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.


2. Apakah jenis data-data kualiti udara yang boleh dipohon dari MET Malaysia?

Data kualiti udara yang boleh dimohon adalah seperti data aerosol, kandungan kimia air hujan, kandungan kimia pemendapan kering, data ketumpatan gas, data profil ozon, data turus total ozon, sinaran Ultra-Ungu (UVB) dan ringkasan profil data tahunan ozon.