Weather on Sunday, 28/11/2021
24°
Muadzam Shah
25°
L.T. Kuala Trengganu
25°
Kerteh
27°
Johore Bharu/Senai
24°
L.T. Alor Star
25°
TUDM Butterworth
24°
Sibu
23°
Keningau
23°
Kapit
24°
Lubuk Merbau
27°
Petaling Jaya
25°
Sitiawan
24°
L.T. Kuantan
27°
Sandakan
26°
L.T. Tawau
23°
Sri Aman
27°
Kudat
24°
L.T. Miri
24°
TUDM Gong Kedak
24°
Batu Embun
25°
Limbang
24°
L.T. Kota Bharu
25°
Mersing
25°
L.T. Ipoh
25°
Kota Kinabalu
24°
Bintulu
24°
Kuala Krai
27°
L.T. Melaka
24°
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT (KLIA)
17°
Cameron Highlands
24°
Pertanian Chuping
26°
L.T.A. Pulau Langkawi
26°
Mulu
26°
L.T.A. Bayan Lepas
26°
Kuala Pilah
26°
Temerloh
24°
Kuching
25°
Labuan
27°
Batu Pahat
26°
Kuala Lumpur/Subang
26°
Kluang

Pejabat Meteorologi Labuan


Pengenalan

Pejabat Meteorologi WP Labuan bertanggungjawab untuk mengurus dan membekalkan pencerapan cuaca dan pengeluaran tinjauan cuaca untuk penerbangan, media massa, individu dan syarikat swasta di Wilayah Persekutuan Labuan.


Fungsi

  • Membekalkan maklumat cuaca penerbangan kepada pihak TUDM dan agensi penerbangan.
  • Membekalkan maklumat ramalan cuaca keadaan laut dan angin.
  • Memberi taklimat dan mengeluarkan laporan cuaca kepada agensi-agensi kerajaan, swasta dan media massa.
  • Memberi khidmat nasihat atau taklimat cuaca penerbangan kepada pihak berkuasa TUDM.
  • Mengeluarkan tinjauan cuaca khas, maklumat dan nasihat kepada pengguna-pengguna data meteorologi daripada pelbagai sektor seperti pembinaan, pelancongan, perindustrian, pertanian, perikanan, perkapalan dan marin apabila diperlukan.
  • Mengeluarkan amaran awal akan berlakunya fenomena cuaca buruk seperti hujan monsun, hujan lebat berterusan, ribut petir, kemarau, kabut dan jerebu apabila diperlukan.
  • Menyelaras dan melaksanakan operasi pembenihan awan bagi kawasan utara Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perkhidmatan

  • Membekalkan dokumen cuaca penerbangan kepada syarikat penerbangan dan lapangan terbang.
  • Mengeluarkan ramalan cuaca harian, ramalan cuaca permintaan khas serta ramalan cuaca keadaan laut dan angin.
  • Mengeluarkan tinjauan cuaca khas, maklumat dan nasihat kepada pengguna-pengguna data meteorologi daripada pelbagai sektor seperti pembinaan, pelancongan, perindustrian, pertanian, perikanan, perkapalan dan marin apabila diperlukan.
  • Mengeluarkan amaran awal akan berlakunya fenomena cuaca buruk seperti hujan monsun, hujan lebat berterusan, ribut petir, kemarau, kabut dan jerebu apabila diperlukan.

Piagam Pelanggan

Kami, Warga Pejabat Meteorologi Labuan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:


  • Semua perkhidmatan meteorologi yang diberikan mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)/ World Meteorological Organization (WMO).
  • Semua dokumen ramalan cuaca untuk penerbangan antarabangsa dan domestik disiapkan tidak lewat dari tiga (3) dan dua (2) jam sebelum penerbangan masing-masing.
  • Menyebarkan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca Dan Geofizik Nasional kepada orang awam dan agensi kerajaan dengan segera bagi mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda.
  • Memberi respon terhadap setiap pertanyaan dan aduan dalam masa dua (2) minggu melalui surat atau dua puluh empat (24) jam melalui telefon

Peta Lokasi




Pegawai Dihubungi

Pengarah
Pejabat Meteorologi W.P. Labuan
Jalan Pulau Buah
87008 W.P. Labuan
Tel : 087-425114 / 087-423112
Faks : 087-412109
E-mail : pmslabuan@met.gov.my