SIARAN MEDIA
Tiada siaran media
Cuaca pada Selasa, 27/09/2022
31°
Muadzam Shah
31°
L.T. Kuala Trengganu
33°
Kerteh
33°
Johore Bharu/Senai
31°
L.T. Alor Star
30°
TUDM Butterworth
31°
Sibu
27°
Keningau
29°
Kapit
30°
Lubuk Merbau
29°
Petaling Jaya
31°
Sitiawan
32°
L.T. Kuantan
29°
Sandakan
32°
L.T. Tawau
31°
Sri Aman
26°
Kudat
30°
L.T. Miri
28°
TUDM Gong Kedak
30°
Batu Embun
29°
Limbang
30°
L.T. Kota Bharu
33°
Mersing
31°
L.T. Ipoh
28°
Kota Kinabalu
31°
Bintulu
30°
Kuala Krai
30°
L.T. Melaka
29°
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT (KLIA)
20°
Cameron Highlands
32°
Pertanian Chuping
31°
L.T.A. Pulau Langkawi
30°
Mulu
29°
L.T.A. Bayan Lepas
30°
Kuala Pilah
31°
Temerloh
31°
Kuching
28°
Labuan
32°
Batu Pahat
30°
Kuala Lumpur/Subang
31°
Kluang

Pejabat Meteorologi Pulau Pinang


Pengenalan

Pejabat Meteorologi Bayan Lepas telah ditubuhkan pada tahun 1935 dengan nama asalnya Penang Aerodrome. Pada peringkat permulaan, aktiviti pencerapan cuaca dilaksanakan secara manual bagi menyokong operasi penerbangan antarabangsa. Selaras dengan pertambahan fungsi dan tanggungjawab semasa, pejabat ini telah dinaik taraf menjadi sebuah pejabat negeri dan kini dikenali sebagai Pejabat Meteorologi Pulau Pinang dan disokong oleh 2 pejabat lain iaitu Pejabat Meteorologi Butterworth dan Pejabat Meteorologi Prai. Pejabat Meteorologi Pulau Pinang mempunyai 50 orang kakitangan yang ditempatkan di 2 pejabat ramalan, 2 stesen pencerapan permukaan utama, 1 stesen udara atas dan 2 stesen pencemaran udara. Pejabat Meteorologi Pulau Pinang bertanggungjawab untuk mengawalselia operasi 12 buah siren tsunami, 3 kamera pantai, 1 tolok pasang surut dan 2 buah stesen seismik untuk menyokong aktiviti pemantauaan dan penyebaran maklumat gempa bumi dan amaran tsunami.


Fungsi

  • Mengurus pentadbiran, pembangunan dan operasi meteorologi di peringkat negeri.
  • Memastikan aktiviti berkaitan memenuhi keperluan negeri dan nasional.
  • Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang meteorologi, geofizik dan tsunami kepada kerajaan negeri.
  • Meningkatkan kesedaran awam mengenai cuaca ekstrem, gempa bumi dan tsunami melalui program-program yang diadakan dari semasa ke semasa.

Perkhidmatan

  • Menyediakan dokumen cuaca penerbangan untuk operasi penerbangan awam dan tentera di dalam dan luar negeri.
  • Menyediakan tinjauan cuaca umum kepada orang awam setiap hari.
  • Menyediakan tinjauan cuaca radio yang dikeluarkan setiap 8 jam.
  • Mengeluarkan tinjauan cuaca khas, maklumat dan nasihat kepada pengguna-pengguna data meteorologi daripada pelbagai sektor seperti pembinaan, pelancongan, perindustrian, pertanian, perikanan, perkapalan dan marin apabila diperlukan.
  • Mengeluarkan amaran awal akan berlakunya fenomena cuaca buruk seperti hujan monsun, hujan lebat berterusan, ribut petir, kemarau, kabut dan jerebu apabila diperlukan.

Piagam Pelanggan

Kami, Warga Pejabat Meteorologi Pulau Pinang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:


  • Semua perkhidmatan meteorologi yang diberikan kepada penerbangan tentera dalam dan luar negeri mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)/ World Meteorological Organization (WMO).
  • Semua dokumen ramalan cuaca untuk penerbangan antarabangsa dan domestik disiapkan tidak lewat dari tiga (3) dan dua (2) jam sebelum penerbangan masing-masing.
  • Menyebarkan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca Dan Geofizik Nasional kepada orang awam dan agensi kerajaan dengan segera bagi mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda.
  • Semua undangan menyampaikan taklimat dan khidmat nasihat cuaca dipenuhi.
  • Memberi respon terhadap setiap pertanyaan dan aduan dalam masa dua (2) minggu melalui surat atau dua puluh empat (24) jam melalui telefon

Peta Lokasi




Pegawai Dihubungi

Pengarah,
Pejabat Meteorologi Pulau Pinang,
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Gate 16,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Tel: 04 - 643 8302
Faks: 04 - 644 9076
E-mail : @met.gov.my