Pejabat Meteorologi Selangor kini berada di Terminal 2, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di Subang. Ia beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Pejabat ini terletak di bawah Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Pejabat ini berfungsi dalam menguruskan pentadbiran, pembangunan dan operasi MetMalaysia di negeri Selangor. Pejabat ini juga membekalkan perkhidmatan meteorologi bagi memenuhi keperluan operasi penerbangan dan orang awam. Bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan, Sistem Pengurusan Kualiti telah diwujudkan dan pejabat ini telah diiktiraf dengan pensijilan MS ISO 9001: 2008 sejak tahun 2010 hingga sekarang. Kakitangan yang mengendalikan pejabat ini adalah seramai 10 orang.

Kami, Warga Pejabat Meteorologi Selangor dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:
Pengarah
Pejabat Meteorologi Selangor
Terminal Dua, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47200 Subang, Selangor.
Tel: 03 - 7846 3114
Faks: 03 - 7846 4982
E-mail : pmssubang@met.gov.my