Pejabat Meteorologi Terengganu
Pengenalan
Pejabat Meteorologi Terengganu sebelum ini dikenali sebagai Pejabat Meteorologi Gong Kedak. Pejabat Meteorologi Gong Kedak yang telah beroperasi semenjak 2007 telah dinaik taraf sebagai Pejabat Meteorologi Terengganu pada tahun 2014 selaras dengan pertambahan fungsinya. Pejabat negeri ini disokong oleh Pejabat Meteorologi Kuala Terengganu, Stesen Seismologi Kuala Terengganu, Pejabat Meteorologi Kerteh dan Stesen Meteorologi Radar Marang. Selain itu juga, pejabat ini bertanggungjawab untuk mengawalselia 11 Stesen Meteorologi Auksiliari, 3 buah siren tsunami dan 2 tolok pasang surut untuk menyokong aktiviti pemantauaan dan penyebaran maklumat cuaca, gempa bumi dan amaran tsunami. Bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan, pejabat ini telah mendapat pengiktirafan pensijilan MS ISO 9001:2015 semenjak 3 Jun 2008 sehingga kini dan Pengiktirafan pensijilan ISO/IEC 27001:2013 semenjak 29 November 2020 sehingga kini bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat.
Fungsi
- Menyokong operasi penerbangan TUDM Gong Kedak untuk perkhidmatan meteorologi penerbangan.
- Menyokong operasi penerbangan awam di Kelantan dan Terengganu untuk perkhidmatan meteorologi penerbangan.
- Memantau keadaan cuaca secara berterusan di negeri Kelantan dan Terengganu.
- Memberi nasihat pengeluaran amaran cuaca kepada Pusat Operasi Cuaca & Geofizik Nasional di negeri Kelantan dan Terengganu.
- Menyediakan perkhidmatan meteorologi lain kepada agensi kerajaan dan swasta di negeri Terengganu.
- Melaksanakan penyelenggaraan barisan hadapan bagi peralatan-peralatan meteorologi dan seismik di negeri Terengganu.
Perkhidmatan
- Menyediakan perkhidmatan meteorologi untuk operasi penerbangan TUDM Gong Kedak.
- Menyediakan perkhidmatan meteorologi untuk operasi penerbangan awam di Kelantan dan Terengganu.
- Menyediakan perkhidmatan meteorologi kepada agensi kerajaan, swasta dan orang awam.
- Menyalurkan amaran cuaca terkini kepada Jawatankuasa Bencana Negeri/Daerah/Sektor.
- Menyediakan perkhidmatan dan pengurusan berkaitan meteorologi di negeri Terengganu.
Piagam Pelanggan
Pejabat Meteorologi Terengganu berjanji akan:
- Menyampaikan perkhidmatan meteorologi penerbangan tentera dalam dan luar negeri mematuhi kepada piawaian yang ditetapkan International Civil Aviation Organization (ICAO) dan World Meteorological Organization (WMO) atau persetujuan rasmi bersama.
- Memastikan perkhidmatan meteorologi penerbangan awam untuk negeri Kelantan dan Terengganu adalah mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh WMO dan ICAO.
- Menyalurkan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca Dan Geofizik Nasional kepada Jawatankuasa Bencana Negeri/Daerah/Sektor yang berkaitan dengan segera.
- Sentiasa bersedia menyampaikan taklimat dan khidmat nasihat cuaca setiap masa.
- Memberi maklumbalas kepada permohonan khas berkaitan meteorologi kepada pelanggan dalam masa 24 jam selepas permohonan rasmi diterima.
- Memberi maklumbalas kepada aduan dan cadangan rasmi dalam tempoh 24 jam.
- Mengamalkan nilai-nilai murni dan berintegriti semasa memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami.
Peta Lokasi
Pegawai Dihubungi
Pengarah,
Pejabat Meteorologi Terengganu,
KM 8, Jalan Kuala Besut,
22000 Jertih, Terengganu.
Tel: 6(09) - 6902463 / 65
Faks: 6(09) - 6902461
E-mail : rfogkedak@met.gov.my