Gegaran dirasai |
Gegaran yang dirasai di Malaysia. |
Kedalaman |
Kedalaman gempa bumi yang diukur dari permukaan bumi sehingga ke titik punca gempa. Diukur dalam unit kilometer. |
Epicenter |
Satu titik di permukaan bumi yang diukur secara menegak di atas hypocenter (titik punca gempa bumi). |
Hypocenter |
Satu titik di dalam kerak bumi yang mana adalah titik mula patahan gempa bumi terjadi. |
Foreshocks |
Satu siri gempa bumi bersaiz kecil yang kerap terjadi sebelum berlakunya gempa bumi utama. |
Mainshocks |
Gempa bumi terbesar dalam suatu urutan kejadian gempa bumi. |
Gempa susulan |
Satu siri gempa bumi bersaiz kecil atau sederhana yang terjadi selepas berlakunya gempa bumi utama. |
Magnitud |
Suatu nombor yang menunjukkan saiz gempa bumi yang berlaku. Magnitud ini diukur berdasarkan kepada amplitud maksimum gelombang seismik yang direkodkan oleh seismogram. |
Intensiti |
Suatu nombor dalam huruf roman yang menunjukkan kekuatan gempa bumi yang berlaku dan memberi kesan di permukaan bumi, manusia dan juga struktur bangunan. |