SIARAN MEDIA
Tiada siaran media
Cuaca pada Sabtu, 10/04/2021
27°
Muadzam Shah
29°
Kuala Terengganu
28°
Kerteh
27°
Senai
25°
Alor Star
28°
Butterworth
24°
Sibu
26°
Keningau
25°
Kapit
26°
Lubuk Merbau
27°
Petaling Jaya
28°
Sitiawan
27°
Kuantan
24°
Sandakan
26°
Tawau
25°
Sri Aman
27°
Kudat
27°
Miri
27°
Gong Kedak
27°
Batu Embun
26°
Limbang
28°
Kota Bharu
29°
Mersing
29°
Ipoh
28°
Kota Kinabalu
27°
Bintulu
24°
Kuala Krai
28°
Melaka
28°
KLIA
18°
Cameron Highlands
29°
Pertanian Chuping
27°
Pulau Langkawi
26°
Mulu
30°
Bayan Lepas
28°
Kuala Pilah
27°
Temerloh
26°
Kuching
28°
Labuan
27°
Batu Pahat
26°
Subang
28°
Kluang

Mengenai Tsunami


Apa itu Tsunami?

Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ombak laut di perlabuhan. Tsunami merupakan suatu siri gelombang besar yang mempunyai jarak gelombang dan jangka masa yang agak panjang. Perbezaan masa di antara setiap puncak gelombang adalah dalam lingkungan kira-kira 10 minit sehingga 1 jam. Biasanya terjadi secara impulsif disebabkan oleh gangguan pada dasar laut. Apabila berlaku perubahan dasar laut secara tiba-tiba atau dasar laut secara tiba-tiba terangkat selepas berlakunya sesuatu gempa bumi, menyebabkan berlakunya tsunami besar. Gempa bumi, tanah runtuh di dasar laut, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami.

Tsunami menunjukkan ciri-ciri yang berbeza apabila merambat pada kawasan laut yang mempunyai kedalaman yang berbeza. Di kawasan laut dalam tsunami boleh bergerak dengan kelajuan melebihi 800 km/jam dan biasanya mempunyai amplitude gelombang hanya dalam beberapa sentimeter. Apabila gelombang tsunami menghampiri kawasan pantai yang lebih cetak, kelajuan gelombang berkurangan dan ketinggiannya bertambah sehingga membentuk dinding air dengan ketinggian mencapai puluhan meter. Tsunami yang mengganas di kawasan pantai boleh membawa kepada kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.


Infografik Informasi Tsunami    Infografik SAATNM

Bagaimana gempa bumi boleh menghasilkan Tsunami?

Tsunami akan terhasil apabila dasar lautan dengan tiba-tiba berubah kedudukan yang akan menyebabkan air berkocak kuat. Gempa bumi tektonik adalah gempa bumi yang biasanya akan menyebabkan kecacatan atau perubahan pada kerak bumi. Walau bagaimanapun tidak semua gempa bumi boleh menghasilkan tsunami. Bagi menghasilkan tsunami, gempa bumi haruslah mempunyai magnitud lebih daripada 6.5 pada skala Richter, mempunyai kedalaman kurang daripada 100 km dan berlaku di kawasan laut atau berhampiran dengan laut.

Apabila gempa bumi terjadi di dasar lautan, air yang berada dikawasan kejadian akan berubah dari kedudukan keseimbangannya. Gelombang akan terhasil dari perubahan jisim air, yang bertindak dibawah pengaruh graviti yang cuba untuk mengembalikan keseimbangan kedudukannya. Apabila kawasan dasar laut yang berubah kedudukan (terangkat atau turun) adalah luas, tsunami akan terhasil.


Fakta-Fakta Tsunami


  • Ombak tsunami boleh bergerak merentasi Lautan Pasifik dalam masa kurang dari sehari. Oleh itu, sangat penting bagi kita mengetahui kewujudan tsunami sebaik sahaja ia terjadi.
  • Keadaan muka bumi di kawasan perairan dan pantai dapat memberi kesan ke atas saiz dan impak tsunami. Terumbu karang, teluk, kuala sungai, keadaan muka bumi bawah laut dan cerun pantai dapat mengubah bentuk gelombang dan kelajuan tsunami ketika ia menyerang kawasan pantai.
  • Ombak pertama yang melanda tidak semestinya ombak yang tertinggi dalam siri ombak tsunami.
  • Tsunami dapat bergerak dari lautan sehingga memasuki sungai.
  • Ombak tsunami juga dapat bergerak mengelilingi sesebuah pulau. Justeru, ia turut membahayakan kawasan pantai yang terlindung daripada arah punca tsunami.
  • Dalam keadaan tertentu, paras air laut surut dengan tiba-tiba sehingga mendedahkan dasar laut berhampiran pantai sejurus sebelum kedatangan tsunami..
  • Apabila tsunami melanda, ia dapat membanjiri kawasan daratan sehingga 1 km atau lebih dari pantai.
  • Bahaya tsunami dapat berterusan sehingga beberapa jam selepas kedatangan ombak yang pertama.
  • Bahaya dan kebinasaan tsunami adalah kesan langsung daripada tiga faktor: kebanjiran, kesan ombak terhadap struktur binaan dan hakisan.
  • Puing yang dibawa oleh arus tsunami yang kuat juga menjadi punca bahaya kerana ia boleh menghentam bangunan, jeti dan kenderaan.
  • Kebakaran yang disebabkan oleh tumpahan minyak atau letupan kapal di pelabuhan, atau tangki penyimpanan minyak yang bocor boleh menyebabkan berlakunya kerosakan yang lebih hebat daripada kerosakan yang disebabkan oleh ombak tsunami secara langsung.

  • Infografik Kneali Tanda Tsunami

Langkah Keselamatan Tsunami


  • Tidak semua gempa bumi mengakibatkan tsunami, tetapi kebanyakannya adalah berpotensi menghasilkan gelombang tsunami. Apabila anda mengetahui gempa bumi telah berlaku, bersedialah untuk menerima amaran tsunami.
  • Tsunami bukannya satu gelombang sahaja tetapi terdiri dari beberapa siri gelombang. Teruskan berada di kawasan yang selamat sehingga pihak-pihak bertanggungjawab mengumumkan keadaan telah benar-benar selamat.
  • Kehadiran tsunami biasanya didahului dengan air laut yang surut dengan tiba-tiba. Ini adalah tanda-tanda semulajadi terhadap kehadiran tsunami dan perlu diambil perhatian oleh orang ramai.
  • Gelombang tsunami yang kecil pada suatu kawasan pantai mungkin boleh menjadi sangat besar beberapa meter sahaja darinya. Jangan ambil mudah pada gelombang tsunami yang kelihatan kecil.
  • Semua amaran tsunami yang dikeluarkan perlu diambil serius oleh orang ramai. Tsunami yang berlaku pada Mei 1960 di Hilo, Hawaii contohnya telah mengakibatkan kematian seramai 61 orang kerana orang ramai menganggap amaran yang dikeluarkan hanyalah satu kesilapan.
  • Semua tsunami berpotensi untuk menjadi berbahaya walaupun mungkin tidak memusnahkan semua kawasan yang dilaluinya.
  • Jangan sesekali pergi ke tepi pantai untuk melihat gelombang tsunami. Apabila gelombang tsunami dilihat, anda sudah terlalu dekat dengan gelombang tersebut dan sukar untuk menyelamatkan diri darinya.
  • Berikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan, polis dan badan-badan kecemasan yang lain untuk menyelamatkan nyawa anda semasa berlaku keadaan cemas akibat tsunami.

Infografik Informasi Tsunami