- Home
- Corporate Profile
- Forecast
- Earthquake
- Observation
- Climate
- Publication
- Education
- Contact Us
-
Talian Hotline1-300-22-1638
Peta pH dan kepekatan bulanan mewakili interpolasi ruangan bagi data pencerapan titik dari lapangan pengukuran yang dioperasikan oleh Jabatan Meterologi Malaysia diseluruh negara. Kualiti data pencerapan titik yang digunakan adalah dipastikan baik. Peta kecerunan pH dan kepekatan dijana dengan menggunakan kaedah interpolasi Inverse Distance Weighting (IDW). Peta ini bertujuan untuk menunjukkan trend serantau bagi pH, kepekatan sulfat dan nitrat di Malaysia. Ketidaktentuan di dalam pengukuran dan interpolasi ruangan adalah tidak dapat dielakkan dalam proses ini. Ketidaktentuan ini secara amnya lebih besar, lebih jauh daripada lokasi lapangan pengoperasian yang terdekat. Unit yang digunapakai bagi pengukuran kepekatan nitrat dan sulfat ialah mikro mol per liter (µmol/L).
Hujan umumnya berasid di alam semulajadi disebabkan kewujudan sulfurik, nitrik dan asid karbonik secara semulajadi dan antropogenik di atmosfera. Oleh itu, pengkategorian hujan asid ini tidak semestinya mengikut representasi tipikal nilai pH kurang daripada 7. Keasidan air hujan yang ditunjukkan pada carta bulanan pH dibawah boleh dikategorikan seperti berikut: Bersih (>5.6), Kurang Berasid (5.2 - 5.6), Sederhana (4.8 - 5.2), Berasid (4.4 - 4.8) dan Sangat Berasid (< 4.4). Air hujan ditakrifkan sebagai “Hujan Asid” apabila nilai pH adalah 4.4 dan kebawah. Takrifan ini adalah sejajar dengan takrifan yang digunapakai oleh United States Environmental Protection Agencies (US EPA).
**Inverse Distance Weighting (IDW):https://pro.arcgis.com/en/pro-app/help/analysis/geostatistical-analyst/how-inverse-distance-weighted-interpolation-works.htm