Data Terbuka


Selaras dengan inisiatif pendigitalan dan prinsip Open by Default oleh Kerajaan, pada tahun 2014 MET Malaysia telah menyediakan MET API Web Services https://api.met.gov.my sebagai platform perkongsian data secara masa nyata (real-time) yang tepat, cepat dan relevan. Semua set data terbuka yang disediakan oleh MET Malaysia boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Data ini berupaya memberi impak kepada ekonomi, sosial dan persekitaran. Ia turut berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat disamping dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Kategori API MET Malaysia Melalui MET API Web Services

  • Ramalan dan Amaran Cuaca

  • Ramalan 7-hari bagi negeri, daerah, bandar-bandar utama

  • Ramalan 7-hari bagi perairan utama dan perkapalan

  • Imej terkini radar dan satelit

Kategori API MET Malaysia Melalui Portal Data Terbuka Kerajaan