Pejabat Meteorologi Selangor


Pengenalan

Pejabat Meteorologi Selangor kini berada di Terminal 2, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di Subang. Ia beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Pejabat ini terletak di bawah Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Pejabat ini berfungsi dalam menguruskan pentadbiran, pembangunan dan operasi MetMalaysia di negeri Selangor. Pejabat ini juga membekalkan perkhidmatan meteorologi bagi memenuhi keperluan operasi penerbangan dan orang awam. Bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan, Sistem Pengurusan Kualiti telah diwujudkan dan pejabat ini telah diiktiraf dengan pensijilan MS ISO 9001: 2008 sejak tahun 2010 hingga sekarang. Kakitangan yang mengendalikan pejabat ini adalah seramai 10 orang.

Fungsi
  • Mengurus pentadbiran, pembangunan dan operasi Jabatan peringkat negeri.

  • Mengurus dan memantau operasi meteorologi penerbangan mematuhi piawaian ICAO/WMO.

  • Memastikan setiap aktiviti memenuhi keperluan negeri dan nasional.

  • Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang meteorologi, geofizik dan tsunami kepada kerajaan negeri.

  • Melaksanakan program kesedaran dan pendidikan awam mengenai risiko bencana yang berkaitan dengan fenomena cuaca, gempa bumi dan tsunami di peringkat negeri.

Perkhidmatan
  • Memantau keadaan dan perubahan cuaca bagi pelaporan METAR/SPECI untuk menjamin keselamatan penerbangan di sekitar Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

  • Membekalkan maklumat cuaca penerbangan kepada operasi penerbangan awam dan Tentera di dalam negeri.

  • Memantau perubahan cuaca di negeri Selangor serta menyebarkan Nasihat atau Amaran Cuaca Buruk Hujan lebat dan Angin Kencang serta Laut Bergelora kepada Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah.

  • Menyampaikan Taklimat Cuaca/Khidmat Nasihat.

Piagam Pelanggan

Pejabat Meteorologi Selangor kini berada di Terminal 2, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di Subang. Ia beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Pejabat ini terletak di bawah Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Pejabat ini berfungsi dalam menguruskan pentadbiran, pembangunan dan operasi MetMalaysia di negeri Selangor. Pejabat ini juga membekalkan perkhidmatan meteorologi bagi memenuhi keperluan operasi penerbangan dan orang awam. Bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan, Sistem Pengurusan Kualiti telah diwujudkan dan pejabat ini telah diiktiraf dengan pensijilan MS ISO 9001: 2008 sejak tahun 2010 hingga sekarang. Kakitangan yang mengendalikan pejabat ini adalah seramai 10 orang.

Kami, Warga Pejabat Meteorologi Selangor dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

  • Semua perkhidmatan meteorologi yang diberikan kepada penerbangan awam mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)/ World Meteorological Organization (WMO).

  • Menyebarkan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca Dan Geofizik Nasional kepada orang awam dan agensi kerajaan dengan segera bagi mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda.

  • Menyebarkan nasihat atau amaran cuaca buruk dalam tempoh 30 minit selepas diterima.

  • Melayani serta merta dengan sopan semua pertanyaan mengenai cuaca melalui telefon atau datang sendiri ke pejabat pada bila-bila masa (24 jam sehari termasuk hari Ahad dan kelepasan Am).

Peta Lokasi

Pegawai Dihubungi

Pengarah
Pejabat Meteorologi Selangor
Terminal Dua, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47200 Subang, Selangor.
Tel: 03 - 7846 3114
Faks: 03 - 7846 4982
E-mail : pmssubang@met.gov.my