Kriteria Amaran Hujan Berterusan


Peringkat Amaran Kriteria Kesan Yang Boleh Berlaku Tindakan Yang Diambil
WASPADA Hujan berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan yang kurang daripada 150 mm dalam tempoh 24jam* Berkemungkinan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.
BURUK Hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24jam*
  • Berkemungkinan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berdekatan tebing sungai.
  • Boleh menyebabkan kerosakan pada tanaman bermusim.
  • Pemantauan dijalankan secara rapi dan berterusan.
  • Pengeluaran amaran apabila kriteria dipenuhi.
  • Amaran disebarkan kepada semua agensi yang berkaitan, pihak media massa dan orang awam melalui myCuaca, eMET, SMS, laman web MET Malaysia, media massa, media sosial, faks dan e-mel.
BAHAYA Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 250 mm dalam tempoh 24jam*
  • Berkemungkinan menyebabkan banjir yang lebih besar di kawasan berkedudukan rendah dan berdekatan tebing sungai serta tanah runtuh di kawasan cerun bukit.
  • Boleh menyebabkan kerosakan pada struktur tidak kukuh, jalan raya dan jambatan.
  • Boleh menyebabkan kemusnahan besar pada tanaman bermusim.

Nota *: 24 jam dikira dari masa hujan bermula.