Terminologi


Istilah

Definisi

Gegaran dirasai

Gegaran yang dirasai di Malaysia.

Kedalaman

Kedalaman gempa bumi yang diukur dari permukaan bumi sehingga ke titik punca gempa. Diukur dalam unit kilometer.

Epicenter

Satu titik di permukaan bumi yang diukur secara menegak di atas hypocenter (titik punca gempa bumi).

Hypocenter

Satu titik di dalam kerak bumi yang mana adalah titik mula patahan gempa bumi terjadi.

Foreshocks

Satu siri gempa bumi bersaiz kecil yang kerap terjadi sebelum berlakunya gempa bumi utama.

Mainshocks

Gempa bumi terbesar dalam suatu urutan kejadian gempa bumi.

Gempa susulan

Satu siri gempa bumi bersaiz kecil atau sederhana yang terjadi selepas berlakunya gempa bumi utama.

Magnitud

Suatu nombor yang menunjukkan saiz gempa bumi yang berlaku. Magnitud ini diukur berdasarkan kepada amplitud maksimum gelombang seismik yang direkodkan oleh seismogram.

Intensiti

Suatu nombor dalam huruf roman yang menunjukkan kekuatan gempa bumi yang berlaku dan memberi kesan di permukaan bumi, manusia dan juga struktur bangunan.

Istilah

Definisi

Tsunami tempatan

Tsunami dari sumber yang berdekatan untuk kesan kemusnahan terhad kepada pantai dalam jarak 100 km dari sumber.

Tsunami serantau

Tsunami yang berupaya untuk mencetuskan kemusnahan pada suatu kawasan, biasanya dalam jarak 1000 km atau perambatan gelombang tsunami dalam masa 1 – 3 jam.

Tsunami merentas lautan

Sumber tsunami dari jarak jauh, biasanya dalam jarak lebih dari 1000 km atau perambantan gelombang tsunami dalam masa lebih dari 3 jam.